Category: INFO

Lelaki ini Kongsi Betapa Ajaibnya solat Dhuha, Jualan jadi Laris Pelik Padahal Jual Benda yang Sama !!

Lelaki ini Kongsi Betapa Ajaibnya solat Dhuha, Jualan jadi Laris Pelik Padahal Jual Benda yang Sama !!

Sesungguhnya solat Dhuha mempunyai fadhilat yang sangat besar. Jika dirasakan rezeki sempit, susah nak datang, amalkanlah Dhuha. InsyaAllah segalanya dipermudahkan Allah.

 “The power of Dhuha.

Sebelum tu. Aku nak minta maaf. Post ni bukan bertujuan untuk menunjuk ke riak ke apa. Tapi lebih kepada sharing. Supaya korang pun dapat manfaat.

Harini. Entah kenapa tiba2. Rasa nak buat solat Dhuha. Sebelum ni memang liat. Boleh kira la dengan jari berapa kali buat.

So lepas solat tu. Berdoa la macam biasa. Tapi kalini lebih spesifik. Aku doa mcm ni ” Ya Allah. Kau murahkan rezeki ku. Kau habiskanlah jualan aiskrim ku pada petang ni juga”

So petang tu menjual la mcm biasa. Senyum2 sikit kat orang lalu lalang. Tegur2 customer yang dah pernah beli sebelum ni. Borak2 dengan parents yang tengah tunggu nak jemput anak.

KRINGG! loceng sekolah pun bunyi. Tanda waktu sekolah dah habis. So time ni aku dah ready dah utk handle budak2.

Zap zup zap. Tengok jam dah pukul 7. TAPI aiskrim dah habis dah jual. Selalunya pukul 7.30 masih ada baki lagi 20-30 batang.

Balik2 bila tengah basuh2 thermos. Baru teringat. “Oh agaknya aku buat solat Dhuha pagi tadi kot. So Allah makbulkan doa aku”

Alhamdulillah. Betul la apa yang dikata. Solat Dhuha ni banyak kebaikannya. Pembuka rezeki. Tenangkan jiwa.

Apa pun rezeki ni bukannya duit je. Sihat tubuh badan pun rezeki. Makan sedap pun rezeki. Anak ramai pun rezeki (bajet mcm dah kawin je). Haha. So korang mana yang dapat peluang buat solat Dhuha tu. Cuba la buat. Tak dapat setiap hari. Seminggu 3-4 kali pun ok. Lama2 cuba buat setiap hari.

Nak berdoa pun. Cuba doa yang spesifik sikit. Jangan general sangat. Selalunya doa general ni. Sebab malas doa panjang2. Haha.

Lepasni nak doa macam ni pulak

YaAllah. Kau lembutkan hati orang sekeliling ku agar mereka mahu mencuba apa jua yang aku jual. 😉
 Salam satay cawan.”
Perkongsian berguna dari Ikhwan Jaffri

APA ITU SOLAT DHUHA?

Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi iaitu 27 minit selepas terbit matahari dan tamat waktunya sebelum tergelincir matahari. Bilangan rakaatnya paling kurang dua rakaat dan maksimumnya 12 rakaat.

Banyak hadis yang menggalakkannya dan menyatakan keutamaannya. Antaranya ialah dalam Riwayat Abu Hurairah katanya:
 “Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadakau tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 OHMEDIA : AMALKANLAH DHUHA. ANDA AKAN NAMPAK KESANNYA. INSYAALLAH

Inilah 11 Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia yang Mengejutkan Doktor Pakar Otak (Baca Dan Sebarkan)..

Inilah 11 Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia yang Mengejutkan Doktor Pakar Otak (Baca Dan Sebarkan)..

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang ita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.

Inilah Kisah Hidup Dajjal Sebelum Allah Butakan Mata Kirinya. Sila Fahamkan Sebelum Ia Muncul !!

Inilah Kisah Hidup Dajjal Sebelum Allah Butakan Mata Kirinya. Sila Fahamkan Sebelum Ia Muncul !!

Dalam surah Thaahaa ada menyatakan kisah Nabi Musa dan kaumnya yang disesatkan oleh seorang lelaki misteri bernama Samiri semasa Nabi Musa pergi bermunajat kepada Allah swt di Gunung Sinai. Samiri digambarkan dalam al-Quran sebagai lelaki yang bertanggungjawab mengukir patung sapi emas untuk menjadi bahan sembahan kaum Bani Israil.  Patung sapi betina yang diukir oleh Samiri memiliki ‘kuasa’ ajaib sehingga mampu mengeluarkan kata-kata dan suara. Akibat tertarik dengan patung tersebut, hampir seluruh kaum bani Israil lupa terhadap pesanan Nabi Musa untuk kekal menyembah Allah yang Esa.

Gunung Sinai menjadi saksi kejahilan bani Israil
Kesesatan kaum Bani Israil bagaimanapun tidak mampu ditangani oleh adik kandung Nabi Musa iaitu Nabi Harun. Diriwayatkan, sebelum Nabi Musa pergi ke Bukit Sina untuk bermunajat kepada Allah swt, Nabi Harun telah diamanahkan oleh Nabi Musa untuk membimbing kaumnya. Namun kedegilan kaum yang paling banyak diceritakan dalam al-Quran ini tidak mampu dinasihati oleh Nabi Allah Harun. Bahkan, Harun as diherdik dan dicerca oleh kaumnya sendiri. Bergitulah hebatnya tipu helah Samiri yang mampu memperok-perandakan keimanan kaum Bani Israil. Maka, siapakah Samiri ini?
Ayat al-Quran yang menyatakan Samiri
Dalam surah Thaahaa, ada merakamkan dialog dengan nada agak keras daripada Nabi Musa as terhadap lelaki kufur bernama Samiri. Digambarkan, Samiri adalah lelaki yang cukup berani dan pandai berkata-kata sehingga dialog antara mereka berdua tidak menampakkan sebarang kekakuan Samiri. Samiri melontarkan kata-katanya dengan cukup yakin dan obsesi terhadap ilmunya.
95. Berkata Musa: “Apakah yang mendorongmu (berbuat demikian) hai Samiri?”
96. Samiri menjawab: “Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam dari jejak rasullalu aku melemparkannya, dan demikianlah nafsuku membujukku.”
97. Berkata Musa: “Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat) mengatakan: “Janganlah menyentuh (aku)”. Dan sesungguhnya bagimu hukuman (di akhirat) yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut (berupa abu yang berserakan).
Surah Thaahaa ayat 95-97
Penjelasan Surah Thaahaa ayat 95-97
Ancaman Musa as
Dalam ayat 95, Nabi Musa telah bertanya kepada Samiri dengan nada yang keras dan bersifat mengancam.
Kemudian, pada ayat 96, ahli tafsir muktabar seperti Ibnu Kathir(1301-1373) dan Ath-Tabari (838–923) berpendapat bahawa Samiri telah mendedahkan rahsia ilmu sihirnya. Pada ayat ‘Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya’ , Ibnu Kathir dalam tafsir ulungnya telah memberi penjelasan bahawa Samiri telah melihat Jibrail as datang dengan kuda tunggangannya, Haizum untuk membinasakan Firaun sedangkan kaum Bani Israil tidak melihatnya.
Besar kemungkinan ia terjadi semasa Nabi Musa dan Bani Israil melarikan diri secara besar-besaran daripada bumi Mesir. Akibat kekalutan tersebut, kaum Bani Israil yang beribu-ribu orang tidak menyedari kehadiran Jibrail yang menyerupai manusia.
Terbina patung sapi betina daripada jejak kuda Jibrail as
Pada ayat “aku ambil segenggam dari jejak rasullalu aku melemparkannya”, Ibnu Kathir memberi penjelasan yang antara lain membawa maksud bahawa jejak rasul tersebut adalah jejak kuda tunggangan Jibrail as. Ia diterima secara umum oleh ahli-ahli tafsir lain selepas Ibnu Kathir.
Manakala, apa dimaksudkan dengan “segengam dari jejak rasul”  itu adalah Samiri telah mengambil segenggam tanah yang dipijak oleh kuda Jibrail as. Menurut ulama tafsir terkemuka, Mujahid, segenggam tanah bererti sepenuh tapak tangan dan genggaman itu dengan menggunakan ujung jari-jarinya. Samiri kemudian menggunakan ilmu sihirnya untuk membentuk sapi emas yang mampu mengeluarkan suara.
Samiri dilaknat oleh Allah swt
Dalam ayat 97, ada ayat yang berbunyi, “Janganlah menyentuh (aku)”. Menurut Ibnu Kathir, Samiri telah diusir daripada khalayak ramai sehingga beliau tidak mampu menyentuh orang lain dan orang lain pula tidak mampu menyentuhnya kerana kuatir akan menimbulkan kemudratan kepada kedua-dua pihak.
Besar kemungkinan Samiri telah dilaknat Allah swt dengan Allah swt telah menurunkan penyakit memberhaya kepadanya seperti penyakit kusta atau wabak yang berjangkit.  Menurut ulama tafsir lain seperti Ibnu Ishq dan Ath-Thabari, Samiri telah dihukum oleh Allah swt atas kekafirannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Tambah mereka lagi, hukuman di akhirat pasti lebih dashyat dengan seksaan api neraka buat selama-lamanya.
Siapakah Samiri?
Penyusun kitab Siratu Rasulullah, Muhammad Ibnu Ishaq(704M-767M) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra, beliau mengatakan, “ Samiri adalah seorang penduduk Bajarma dan dia berasal daripada kaum yang menyembah berhala. Dalam dirinya telah tertanam kecintaan kepada penyembahan terhadap patung dan berhala sapi. Samiri menampakkan dirinya adalah pengikut Musa as(Islam) di hadapan kaum Bani Israil namun hatinya bergelojak dengan kepercayaan nenek-moyangnya. Menurut Muhammad Ibnu Ishaq, Samiri adalah nama panggilan bagi seorang individu kufur bernama Musa bin Zhufar.”
Qatadah ibnu al-Nu’man, salah seorang sahabat besar Rasulullah saw daripada golongan Ansar telah berkata, “Samiri berasal daripada negeri Samir(Sumaria).”
Bagi ahli sejarah ketemporari, mereka berpendapat bahawa Samiri telah menyesatkan kaum Bani Israil dengan membina samaada patung Hathor atau Hapis. Kedua-dua patung tersebut adalah berhala sembahan masyarakat Mesir Purba.
Hathor adalah dewa perempuan yang menjadi sembahan turun temurun masyarakat Mesir Purba. Hathor digambarkan sebagai sapi betina dengan kepalanya dihiasi dengan cakera matahari.

Patung Hathor
Manakala Hapis adalah patung sembahan berupa lembu jantan yang menjadi alat sembahan masyarakat Mesir Purba di wilayah Memphis. Berhala Hapis telah pun disembah sejak Dinasti Kedua kerajaan Mesir Purba.

Patung Apis
Samiri adalah Dajal?
Terdapat dakwaan mengatakan Samiri adalah dajjal yang datang untuk menyesatkan kaum Bani Israil. Pendapat ini pertama kali disuarakan oleh pengarang buku terkenal, Muhammad Isa Dawud. Identiti Samiri yang misteri dan dikatakan memiliki ilmu sihir yang tinggi membolehkan ia dikaitkan dengan al-Masih Dajjal. Sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan kerana samaada al-Quran atau hadis tidak terdapat satu pun yang mengatakan Samiri adalah Dajjal laknatullah.
Samiri versi kitab Taurat
Dalam kitab Taurat, Samiri yang dimaksudkan dalam al-Quran adalah nabi Harun sendiri. Dalam kitab tersebut, Bani Israil dikatakan meminta nabi Harun untuk ‘mencipta’ tuhan untuk mereka. Untuk memenuhi hasrat mereka, nabi Harun kemudian menyuruh bani Israil mengumpul subang emas untuk dileburkan menjadi sapi emas. Nabi Harun kemudian membina altar di hadapan sapi emas tersebut bagi tujuan penyembahan.
32:1 Ketika bangsa itu melihat, bahwa Musa mengundur-undurkan turun dari gunung   itu, maka berkumpullah mereka mengerumuni Harun dan berkata kepadanya: “Mari, buatlah untuk kami allah, yang akan berjalan di depan   kami sebab Musa ini, orang yang telah memimpin kami keluar dari tanah Mesir–kami tidak tahu apa yang telah terjadi dengan dia
Genesis 32:1
Sepertimana kisah Samiri dalam al-Quran, nabi Harun telah dikatakan menyesatkan kaumnya sendiri dengan mengadakan pesta besar-besaran dihadapan sapi emas ajaib tersebut. Versi kitab Taurat ditolak bulat-bulat ajaran Islam. Ajaran Islam menolak versi tersebut kerana ia terang-terang menidakkan martabat seorang Rasul Allah.
Extra
Sejak turun-temurun, orang Islam mempercayai bahawa sebuah formasi batuan seperti lembu di Mesir adalah patung yang diukir oleh Samiri. Benarkah ia adalah patung yang diukir oleh Samiri?
Dalam al-Quran, Allah swt telah jelas memberitahu dalam surah Thaahaa ayat 97 bahawa Nabi Musa as telah membakar patung tersebut menjadi keping-kepingan dan membuangnya ke dalam lautan.
97. Berkata Musa: “Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat) mengatakan: “Janganlah menyentuh (aku)”. Dan sesungguhnya bagimu hukuman (di akhirat) yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut (berupa abu yang berserakan).
Maka, kepercayaan turun-temurun umat Islam terhadap formasi batuan tersebut sangat jelas menyalahi apa yang diperkatakan di dalam kitab suci al-Quran. Ternyata kepercayaan umat Islam secara keseluruhannya selama ini tidak berfakta dan hanya mendengar cerita lisan masyarakat setempat tanpa merujuk al-Quran. Waallahualam.

Batu yang terbentuk bagaikan sapi ini dianggap sebagai sapi yang dicipta oleh Samiri.
KREDIT TAK USAHRISAU.BLOGSPOT
Doa untuk Mudah Berhenti Merokok. Suami Kena Amalkan Kalau betul Sayang Anak Isteri !!

Doa untuk Mudah Berhenti Merokok. Suami Kena Amalkan Kalau betul Sayang Anak Isteri !!

Anda berhajat untuk berhenti merokok? Amalkan doa untuk berhenti merokok seperti berikut:

Baca kombinasi doa-doa berikut:

1. Baca Surah al-Fatihah
2. Selawat Nabi sebanyak 100 kali
3. Ayat Kursi 100 kali
4. Surah al-Ikhlas 100 kali
5. Baca Surah al-Maidah ayat 90-92 sebanyak 70 kali

Insya-Allah, masalah tersebut boleh dihentikan dengan usaha dan istiqamah.

Batalkah Wuduk Isteri kalau Tersentuh Suami? Di Mekah tak Batal pun !!

Batalkah Wuduk Isteri kalau Tersentuh Suami? Di Mekah tak Batal pun !!

SOALAN-

Apakah batal wuduk apabila isteri dan suami bersentuhan. Minta dinyatakan dalil kemusykilan ini.

JAWAPAN

Assalamu’alaikum

Berikut adalah jawapan yang ditulis oleh Ustaz Zainys berkenaan dengan persoalan di aras :-

Assalamualaikum,

Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempaun ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk?

Menurut mazhab Syafi’i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri.

Mazhab Maliki : Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhuk jika dengan tujuan `talazzuz’ (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan.

Hanafi : Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.

Mengapa mereka berselelisih pendapat?

Ulamak Syafi’i berdalilkan, firman Allah Taala :

“Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (al-Maidah:6)
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)
Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium/kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wudhuk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)

Ada hadis lain riwayat al-Nasa’i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya :
Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.
Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi’i dan hanafi.

(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)
Wallahu a’lam

________________________________________

Soalan : Rasulullah pernah mencium ‘Aishah tetapi kemudian terus beribadat. Ada pula satu ketika semasa beliau smbahyang tersentuh kaki ‘Aishah tetapi beliau terus beribadat. Apa komen Ustaz?

Jawab :
Hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak tidak batal. Namun para ulamak syafi’i menolak kehujahan hadis berkucup/cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha’if dan mursal. Manakala hadis bersentuhan kaki aisyah dengan kaki nabi, mereka menolak kehujahan hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa :

1. mungkin ketika itu ada lapik/alas
2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wuduk).

Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tarjihnya mengatakan bahawa penolakan ulamak syafi’i mengenai hadis menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam keadaan bernafsu adalah tidak membatalkan wudhuk. Manakala jika bernafsu, membatalkan wudhuk.

________________________________________

Soal :
Assalamualaikum.

Nak tambah sikit persoalan ini. Apakah yg dimaksudkan dgn bersentuhan itu, adakah ia bersentuhan dgn telapak tangan atau bersentuhan antara kulit dgn kulit [selain telapak tangan] dan apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?
Wassalam
——————-
Jawab :

Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada dengan telapak tangan atau ataupun anggota lain.
Hanya dalam mazhab Syafi’I mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk.

Cuma dalam masalah menyentuh zakar/faraj, para ulamak Syafi’I menetapkan sentuhan yang membatalkan wuduk ialah dengan telapak tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.
Kembali kepada masalah sentuhan yang membatalkan wuduk (selain dari zakar dan faraj) :

Soal : apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?

Jawab : Menurut Syafi’I batal hukumnya. Manakala menurut Hanafi, Hanbali dan Maliki, tidak batal.
Alasannya telah dikemukakan sebelum ini.

________________________________________

SUMBER
http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-04-0122-hukum-menyentuh-isterisuami-apabila-berwuduk
Inilah yang Berlaku pada Badan Anda , Bermula dari 20 Minit Selepas Anda Berhenti Merokok. Share Biar Ayah dan Suami Baca !!

Inilah yang Berlaku pada Badan Anda , Bermula dari 20 Minit Selepas Anda Berhenti Merokok. Share Biar Ayah dan Suami Baca !!

  
Salam,

Saya rasa ramai yang cuba untuk berhenti merokok kan? Mungkin korang rasa sekarang ni adalah masa yang baik untuk berhenti merokok disebabkan harga rokok yang semakin naik atau korang pernah bercadang untuk berhenti merokok apabila mencapai umur 30an, 40an atau 50an.

Saya pernah menulis entri mengenai pengalaman saya untuk berhenti merokok, untuk berhenti merokok bukan satu perkara mudah dan sehingga kini sudah 7 bulan saya tidak membeli, menyentuh atau menghisap rokok. Walaupun pun baru 7 bulan tetapi saya masih tanamkan niat untuk tidak kembali merokok, sebenarnya ada juga kawan-kawan yang perli tapi saya cuma buat tak kisah jer. Buat masa sekarang ni, saya sentiasa mencari tips-tips atau artikel-artikel berkaitan berhenti merokok untuk dikongsikan dengan kawan-kawan blogger dan saya terjumpa 1 artikel yang saya rasa amat menarik dan sesuai untuk dikongsikan disini.

Kita semua tahu merokok itu bahaya kan? kalau boleh memang ler kita taknak merokok tapi apabila sudah terjebak seperti saya di zaman sekolah dulu, akan menjadi tabiat dan ketagih.

Tapi adakah korang tahu “Apakah yang berlaku pada badan kita apabila kita berhenti merokok?” atau “Apakah manfaat yang anda dapat apabila anda berhenti merokok?” dan inilah yang saya ingin kongsikan dengan pembaca semua….. jom baca dan semoga artikel ini boleh menjadi pembakar semangat untuk korang mula berhenti merokok.
Sebenarnya dalam masa 20 minit sahaja anda akan mula merasai manfaat apabila anda berhenti merokok. Dibawah ini adalah kesan atau kebaikan yang akan berlaku di tubuh anda mengikut tempoh masa selepas anda mula berhenti merokok.

~ 20 Minit Selepas Anda Berhenti Merokok

Kesan berhenti merokok akan berlaku dengan serta-merta. Kurang daripada 20 minit selepas rokok terakhir anda, kadar jantung anda akan mula kembali ke tahap normal.

~ 2 Jam Selepas Anda Berhenti Merokok

Selepas dua jam tanpa rokok, kadar denyutan jantung dan tekanan darah akan menurun kepada hampir paras normal. Peredaran di tubuh anda mungkin juga bertambah baik. Hujung jari dan jari kaki anda mungkin mula berasa panas. Gejala-gejala proses pengeluaran nikotin daripada tubuh biasanya bermula kira-kira 2 jam selepas rokok terakhir anda. Gejala awal adalah seperti:

• Keinginan kuat untuk merokok
• Keresahan, ketegangan, atau kecewa
• Mengantuk atau masalah tidur
• Peningkatan selera makan

~ 12 Jam Selepas Anda Berhenti Merokok

Karbon Monoksida yang dilepaskan daripada pembakaran tembakau dan dihidu oleh perokok sebenarnya menjadi toksik kepada badan apabila mencapai tahap yang tinggi dan seterusnya boleh menyebabkan masalah jantung yang serius. Dalam masa 12 jam selepas anda berhenti merokok, Karbon Monoksida di dalam badan anda akan berkurangan ke tahap yang lebih rendah, dan tahap oksigen darah anda meningkat kepada normal.

~ 24 Jam Selepas Anda Berhenti Merokok

Kadar serangan jantung untuk perokok adalah 70% lebih tinggi daripada bukan perokok. Tetapi, percaya atau tidak, hanya dengan satu hari penuh selepas berhenti merokok, risiko anda untuk mendapat serangan jantung akan mula berkurangan.

~ 48 Jam Selepas Anda Berhenti Merokok

Ia mungkin tidak mengancam nyawa, tetapi merokok akan menumpulkan deria bau dan rasa anda. Anda bernasib baik kerana selepas 48 jam tanpa rokok, saraf anda akan dibaiki semula, dan keupayaan anda untuk bau dan rasa akan dipertingkatkan.
~ 3 Hari Selepas Anda Berhenti Merokok

Pada ketika ini, nikotin akan benar-benar disingkirkan dari tubuh anda. Malangnya, ini bermakna bahawa gejala-gejala penyingkiran nikotin umumnya akan memuncak sekitar masa ini. Anda mungkin mengalami beberapa gejala fizikal seperti sakit kepala, loya, atau kekejangan di samping gejala-gejala emosi yang dinyatakan semasa 2 jam anda berhenti merokok.

Untuk melawan gejala mental, hadiahkan diri sendiri untuk tidak merokok; menggunakan wang anda akan dibelanjakan untuk rokok untuk merawat diri anda untuk sesuatu yang baik.

~ 2 Hingga 3 Minggu Selepas Anda Berhenti Merokok

Selepas beberapa minggu, anda akan dapat untuk menjalankan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti fizikal tanpa rasa semput, nafas pendek atau sakit. Ini adalah kerana beberapa proses penjanaan semula yang akan mula berlaku di dalam badan anda; peredaran darah anda akan bertambah baik, dan fungsi paru-paru anda juga akan meningkatkan dengan ketara. Selepas dua atau tiga minggu tanpa merokok, paru-paru anda mungkin mula berasa sihat, dan anda akan mula bernafas lebih mudah. Bagi kebanyakan perokok, gejala hilang kira-kira dua minggu selepas berhenti.

~ 1 Hingga 9 Bulan Selepas Anda Berhenti Merokok

Bermula kira-kira sebulan selepas anda berhenti, paru-paru anda mula dibaiki. Dengan paru-paru yang berfungsi dengan lebih baik dan sihat, batuk dan sesak nafas anda mungkin akan terus berkurangan secara mendadak. Malah untuk perokok tegar, gejala ini akan hilang tidak lebih daripada beberapa bulan selepas berhenti.

~ Setahun Selepas Anda Berhenti Merokok

1 tahun adalah satu pencapaian yang besar. Selepas setahun tanpa merokok, risiko anda untuk penyakit jantung akan menurun sebanyak 50% berbandingkan apabila anda masih merokok. Mereka yang masih merokok adalah dua kali ganda berkemungkinan untuk diserang penyakit jantung daripada anda.

~ 5 Tahun Selepas Anda Berhenti Merokok

Beberapa bahan toksik yang dikeluarkan apabila merokok selain daripada Karbon Monoksida akan menyebabkan saluran darah anda menjadi sempit dan akan meningkatkan risiko anda mendapat strok. Selepas 5 hingga 15 tahun bebas daripada asap rokok, risiko anda mendapat strok adalah sama seperti orang yang tidak merokok.

~ 10 Tahun Selepas Anda Berhenti Merokok

Perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan bukan perokok untuk mendapat kanser seperti kanser paru-paru yang merupakan salah satu yang paling berbahaya. Merokok menyumbang 90% kematian akibat kanser paru-paru di seluruh dunia. Ia mungkin mengambil masa 10 tahun, tetapi jika anda berhenti, risiko mati akibat kanser paru-paru akan jatuh kepada separuh daripada perokok. Sepuluh tahun selepas berhenti, risiko kanser mulut, tekak, kerongkong, pundi kencing, buah pinggang, dan pankreas juga akan berkurangan.

~ 15 Tahun Selepas Anda Berhenti

15 tahun selepas anda berhenti merokok akan membawa risiko penyakit jantung kembali ke tahap yang sama sepertimana seseorang yang tidak merokok. Anda tidak lagi akan berada pada risiko yang lebih tinggi daripada biasa untuk pelbagai keadaan seperti serangan jantung, penyakit arteri koronari, aritmia, angina, jangkitan jantung, atau penyakit yang memberi kesan kepada jantung anda.

Sumber artikel: healthline.com

Hukum Mengeluarkan Air Mani Dengan Sendirinya. Semua Wajib Tahu Hukum Ini !!

Hukum Mengeluarkan Air Mani Dengan Sendirinya. Semua Wajib Tahu Hukum Ini !!

:salam
Pada kelas Kafa di sekolah saya ,ustaz saya ada menyebut tentang hukum mengeluarkan air mani dgn sendirinya.Caranya begini:ambil sabun dan licinkan tangan dgnnya kemudian pegang qubul dan jalin qubul dengan menggunakan tangan sehingga menimbulkan syahwat :bestnyer.Kemudia dgn sendirinya air mani akan terpancut keluar.Menurut Ustaz saya,sesiapa yg membuat begitu tidak diperakui umat nabi muhammad S.A.W.Masalahnya saya tidak memjumpai nas-nas yg berkata begitu.Bolehkah ustaz terangkan kpd saya?sekian :wassalam

 

:salam

Persoalan onani/masturbation telah dijawab sebelum ini. Jumhur ulama’ menghukumnya sebagai haram. Dalil mereka:
“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas.” (Al-Mu’minun: 5-7)

Namun begitu, terdapat juga segelintir ulama’ yg tidak menghukumnya haram. Percanggahan pendapat ini berlaku kerana tidak terdapat sebarang nas atau dalil yang khusus mengharamkan onani ini.

Kata2 ustaz saudara/i itu adalah tidak benar(tidak diperakui umat nabi muhammad S.A.W.) kerana tidak berlandaskan sebarang dalil yang sahih. Berikut adalah fatwa Dr Yusuf Qardawi dari bukunya al-Halal Wal Haram Fil Islam.

——-

Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta’ atau adatus sirriyah).

Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:

“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas.” (Al-Mu’minun: 5-7)
Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.

Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahwa mani adalah barang kelebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.

Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:

Karena takut berbuat zina.
Karena tidak mampu kawin.
Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah itu memuncak dan dikawatirkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia kawatir akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku congkak dan gharizahnya itu tidak menjadi ulat.

Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu kawin, yaitu kiranya dia mau memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu’min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:

“Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kawinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung.” (Riwayat Bukhari)

Jawapan di atas di ambil dari HUKUM ONANI

:wassalam

Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.

6 Bukti Bangun Awal Pagi Boleh Membuka Pintu Rezeki . Sebarkan Pada Semua !!

6 Bukti Bangun Awal Pagi Boleh Membuka Pintu Rezeki . Sebarkan Pada Semua !!

Sahabat Ummi, mengapa bangun pagi selalu dikaitkan dengan terbukanya pintu rezeki? Berikut ini adalah beberapa bukti bahwa bangun pagi memang dapat membuka pintu rezeki lebih lebar lagi.

1. Antara Terbit Fajar dengan Terbit Matahari adalah Saat Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ahmad dan al-Baihaqi, diceritakan bahawa ketika Rasulullah pulang dari solat Subuh di Masjid Nabawi, beliau mendapati puterinya, Fatimah, masih tidur.
Dengan penuh kasih sayang lantas beliau menggerakkan badan puterinya itu lalu berkata, ”Wahai anakku, bangunlah, saksikan rezeki Tuhanmu dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai kerana Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya, antara terbit fajar dengan terbit matahari.”

2. Doa keberkahan dari Rasulullah untuk Umatnya yang senang bangun Shubuh

“Ya Allah berkahilah umatku selama mereka senang bangun Subuh.” (HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).

Siapa yang tidak meyakini doa Rasulullah? Doa ini menunjukkan bahwa keberkahan akan didapatkan oleh orang-orang yang senang bangun Shubuh. Bagi yang merasa punya penghasilan banyak, tapi tidak pernah cukup, barangkali karena penghasilan yang diperoleh belum mengandung keberkahan! Coba praktekkan bangun lebih pagi!
3. Bangun pagi membuat mood lebih baik
Peneliti dari Roehampton University di Inggris menyimpulkan kalau bangun pagi membuat tubuh lebih sehat, mood yang baik, dan membuat orang memiliki indeks massa tubuh ideal. “Mereka yang bangun pagi cenderung lebih sehat dan lebih bahagia,” ungkap peneliti Dr Joerg Huber, yang dikutip melalui Medicmagic.
Mereka yang bangun lebih pagi umumnya punya mood yang lebih ceria dan bahagia ketimbang orang-orang yang bangun terlambat. Studi ini juga dilaporkan dalam jurnal Emotion tahun 2012 di mana ternyata sistem syaraf dipengaruhi kebiasaan bangun pagi ini.
Mood yang lebih baik dan keceriaan ini tentu saja berpengaruh pada semangat kita dalam mencari rezeki di hari itu.
4. Bangun pagi lebih sehat
Analisa para ilmuwan dari Universitas Toronto Kanada pun menyimpulkan, mereka yang bangun lebih pagi secara umum memiliki kondisi kesehatan yang lebih baik. Orang yang bangun lebih pagi juga merasa lebih bahagia hidupnya dibandingkan yang bangun siang karena mereka lebih mudah beradaptasi dengan jadwal aktivitas sehari-hari. Efek terhadap pendapatan rezeki? Sudah tentu lebih kencang ketimbang orang yang kondisi kesehatannya buruk dan sulit beradaptasi dengan jadwal sehari-hari.

5. Bangun pagi membuat badan lebih aktif dan berenergi

Bangun lebih pagi bukan bikin badan jadi lemas, malah justru lebih aktif dan terasa penuh energi. Apalagi jika disertai dengan senam-senam singkat atau sekedar pemanasan. Hal ini dibalas lebih dalam di Journal of Applied Psychology Sosial tahun 2009.
Tidak hanya itu, bangun pagi pun disinyalir dapat melangsingkan tubuh. Tentu saja orang yang lebih aktif dan berenergi akan lebih semangat dalam pencapaian target pekerjaan, ujungnya juga berpengaruh pada pendapatan rezeki.
6. Bangun pagi membuat tingkat depresi lebih rendah
Penelitian di Jerman pada tahun 2013 menemukan hubungan antara depresi yang lebih tinggi dengan kecenderungan tidur larut malam. Mereka yang tidur cukup dan bisa bangun lebih pagi memiliki tingkat depresi rendah.
Tingkat depresi dan stres yang lebih rendah bisa dipastikan dapat mempengaruhi kinerja kita menjadi lebih produktif.
Ilmu Hutan yang Wajib Anda Tahu Kalau nak Masuk Hutan. Ketahuilah Setiap Tempat itu Ada Penghuninya

Ilmu Hutan yang Wajib Anda Tahu Kalau nak Masuk Hutan. Ketahuilah Setiap Tempat itu Ada Penghuninya

ANTARA ILMU HUTAN YANG PERLU DIKETAHUI

1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. – belajar dr orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) – belajar dr askar.

4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi ‘diam’, kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. – belajar dr orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. – belajar dr orang asli.

6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar.

8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. – belajar ngan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. – belajar dgn orang asli.

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. – ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. – belajar dr pengalaman.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. – orang asli.

Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.

Kredit: Segamat Outdoor World

Tanda-tanda Suami atau Isteri anda telah Terkena Sihir Pengasih/ Minyak Dagu Daripada Orang Ketiga

Tanda-tanda Suami atau Isteri anda telah Terkena Sihir Pengasih/ Minyak Dagu Daripada Orang Ketiga

Pernahkah Anda melihat pasangan suami istri yang terlihat harmonis dan nyaris tanpa cela, namun kemudian secara tiba-tiba suami atau istri tersebut tergila-gila dengan orang lain dan tidak ingat lagi pada keluarganya?

Ada banyak sekali penyebab suami/istri jatuh cinta pada orang lain dan melupakan keluarganya, salah satunya akibat pengaruh sihir pengasih. Pengasih sendiri merupakan ilmu sihir yang bisa mempengaruhi seseorang di bawah sadar untuk mencintainya.

Meski sihir dalam islam diharamkan, namun masih banyak orang yang memanfaatkannya demi mendapatkan apa yang diinginkan, misalnya: menguasai istri/suami orang, menghancurkan rumah tangga, dan lainnya.

Mungkin tidak semua orang percaya dengan adanya ilmu pellet, namun kenyataannya sudah banyak rumah tangga yang rusak akibat pengaruh sihir yang jahat ini.

 
Ayat al-Qur’an dan Hadits yang Menceritakan Tentang Kejahatan Sihir Pemisah Suami-Istri

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَانَ ۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَٰكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ ۚ وَمَا هُم بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ ۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ ۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنفُسَهُمْ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ – 2:102

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh setan-setan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi setan-setan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babilonia yaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan, “Sesungguhnya kami hanyalah cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kafir.”

Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan istrinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka.

Dan sungguh, mereka sudah tahu, barangsiapa membeli (menggunakan sihir) itu, niscaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu.” (QS. Al-Baqoroh : 102)

Dari Jabir RA, Rasulullah SAW telah bersabda,

“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian dia mengutuskan tenteranya, maka yang paling dekat kedudukannya di antara mereka kepadanya ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seoarng daripada mereka datang seraya berkata: Aku telah berbuat begini dan begini.

Lalu Iblis berkata: Kamu belum berbuat apa-apa.

Rasulullah SAW bersabda: Kemudian salah seorang daripada mereka datang seraya berkata: Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya daripada isterinya.

Rasulullah SAW bersabda: Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata: Ya Kamu (Baik). al-A’masy (perawi) berkata; Aku melihat Rasulullah SAW bersabda; Kemudian dia menjadi pembantu setianya”. (HR. Muslim 5032)

Ilustrasi pelet

Ciri-ciri Orang yang Terkena Sihir Pelet

(Pelet=minyak dagu)
Orang yang terkena sihir pelet umumnya akan mengalami gejala yang tak wajar. Bagi yang terbiasa bersama, pastilah dia akan mengenali ciri-ciri tersebut. Berikut ini beberapa cirri-ciri seseorang yang terkena pelet, baik laki-laki maupun wanita:

1. Timbul rasa cinta yang berlebihan sehingga tidak bisa ditahan
2. Selalu terbayang-bayang wajah seseorang yang menyihirnya
3. Keinginan untuk bertemu atau selalu rindu dengan orang memeletnya
4. Sering pusing kepala, terutama jika hasratnya ingin bertemu orang yang memeletnya tidak tersampai
5. Sering marah-marah tidak jelas pada istri atau suaminya
6. Merasa tunduk dan patuh terhadap perintah seseorang yang memeletnya
7. Merasa tidak enak badan, namun rasa itu akan hilang seketika saat berjumpa dnegan orang yang memeletnya
8. Tidak bernafsu terhadap istri atau suaminya sendiri
9. Nafsu makannya hilang saat di rumah, tapi nafsu makannya meningkat ketika menikmati masakan orang yang memeletnya

Cara Menyembuhkan Seseorang Dari Pengaruh Sihir Pelet

Upaya penyembuhan bagi seseorang yang terkena sihir pelet tidaklah mudah. Cara pertama yang harus dilakukan adalah dengan mengeluarkan pengaruh sihir atau kekuatan pelet dari tubuh si korban.

Setelah kekuatan tersebut hilang, maka harus dilakukan pemulihan dengan memberikan pencerahan pada korban agar lebih mendekatkan diri pada Allah Subhanallahu wa Taala sehingga kekuatan jahat tersebut tidak bisa menguasainya kembali.

Cara lain yang bisa dilakukan untuk menyembuhkan seseorang dari pengaruh pelet, yakni dengan melakukan rukyah pada orang yang terkena pellet. Atas izin Allah SWT, maka pengaruh sihir pellet akan menghilang dan korban bisa kembali hidup normal kembali.

Jika merasa artikel ini bermanfaat dan menambah pengetahuanmu, jangan ragu untuk SHARE ke yang lain juuga ya! Informasi menarik dan bermanfaat lainnya juga bisa didapat melalui fanspage kami, Orang Tua Teladan dan Berita Islam