Category: PETUA

27 Tips Mendidik Anak Puasa Buat Kali Pertama

27 Tips Mendidik Anak Puasa Buat Kali Pertama

TIPS MENGAJAR ANAK PUASA

Puasa adalah sebahagian dari Rukun Islam. Setiap muslim wajib melakukannya bila tibanya waktu Ramadhan. Definisi puasa dari bahasa Arab bermaksud, “Menahan diri” manakala dari segi istilah syarak pula adalah menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat.

Tetapi puasa juga adalah lebih dari itu. Ianya mengajar kita supaya lebih bersabar, mengelakkan perkara-perkara mazmumah seperti menipu, berkata sesuatu yang tidak elok, bercakap kasar, mengumpat dan yang sewaktu dengannya.

Walau bagaimanapun, puasa adalah ibadah yang sukar dilakukan oleh kalangan kanak-kanak berbanding solat lima waktu sehari semalam, kerana fitrah manusia yang akan sentiasa dalam mood marah apabila lapar dan dahaga. Badan menjadi tidak bermaya seperti selalu. Namun apabila dilatih dari tahun ke tahun, Insya-Allah, kanak-kanak akan biasa berpuasa dan menganggap ianya sebagai aktiviti biasa.

Antara tips-tips mendidik dan tips mengajar anak puasa, lebih-lebih yang baru kali pertama mencuba ialah:

1. TERANGKAN AGAR ANAK FAHAM

Terangkan apakah ibadah puasa secara ringkas dan mudah difahami. Kanak-kanak generasi muda sekarang tidak mahu membuat sesuatu tanpa ada fakta atau sebab mengapa mereka perlu melakukan ibadah itu.

Walaupun ibadah itu wajib dilakukan, terangkan kebaikan dan faedah dari melakukan puasa.

2. SOLAT ITU PENTING

Tidak lengkap puasa kalau tidak solat. Latih anak-anak solat lima waktu. Ini untuk melatih mereka solat adalah tiang agama, bukan hanya setakat puasa sahaja.

Tekankan bahawa kedua-duanya adalah rukun Islam dan wajib dilakukan bagi semua umat Islam.

3. BIAR PERLAHAN-LAHAN DAN BERPERINGKAT
Jangan memaksa adalah salah satu tips mengajarips mengajar anak puasa dengan cara yang betul. Puasa secara berperingkat. Andaikata pada hari pertama, perut anak-anak tidak tahan, berbukalah pada pukul 10 pagi. Sentiasa buat cabaran 30 hari contohnya pada hari kedua, boleh bertahan selepas Zohor, dan seterusnya.

Jikalau anak-anak anda dapat bertahan sehingga Maghrib, itu sudah menjadi kejayaan kepadanya.

4. PUJI ANAK
Kenapa malu puji anak sendiri? Ini adalah salah satu tips mengajar anak puasa. Pujilah dan hargailah kejayaan mereka untuk menaikkan semangat mereka. Berikan mereka ganjaran dengan menyediakan makanan kesukaan anak anda ketika berbuka. Bukan dengan beri ganjaran untuk duit raya. Itu rasuah namanya!

5. SEDIAKAN MAKANAN KEGEMARAN

Ketika sahur, tingkatkan selera anak anda dengan makanan kesukaan mereka, tetapi dipenuhi dengan khasiat untuk tumbesaran dan kesihatan anak anda.

Buatkan makanan mereka juga menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat anak anda. Bento dari budaya masakan Jepun adalah salah satu cara untuk menarik minat anak anda bersahur.

6. TINGGI KARBOHIDRAT
Lebihkan makanan yang mempunyai karbohidrat dan berlemak supaya anak anda dapat bertahan ketika puasa.

7. TINGGALKAN GULA, GUNA MADU

Sediakan minuman bercampur madu agar anak anda sentiasa cergas dan bertenaga ketika berpuasa.

8. JANGAN LASAK SANGAT
Pilih permainan yang memerlukan sedikit tenaga, dan bermainlah di tempat teduh agar mengelakkan anak anda cepat letih dan lapar. Pilihlah waktu petang tatkala hampir kepada maghrib, supaya senang berbuka puasa kemudian.

9. DEKATKAN DAN RAPAT DENGAN AL-QURAN

Ajarkan anak-anak mengaji dan mengkaji Al-Quran, solat tarawikh, doa dan belikan bacaan mudah tentang puasa dan bulan Ramadhan pada anak-anak.

10. MAKAN SEADANYA
Ketika berbuka, janganlah makan sampai kenyang kerana ianya akan menyebabkan perut anak anda sakit dan menyukarkan mereka menjalani solat Maghrib dan Tarawikh.

11. JANGAN SKIP SAHUR
Dalam berbincang tips mengajar anak puasa, ini antara yang paling penting. Kalau dia kata mengantuk, angkat ke meja makan. Banyakkan makan makanan berkabohidrat ketika bersahur.

12. SOROK MAKANAN KESUKAAN ANAK DI SIANG HARI
Cuba elakkan godaan seperti ais krim, coklat dan makanan kesukaan anak anda. Alihkan perhatian mereka dengan membaca Al-Quran, bermain dan sebagainya.

13. MINUM AIR KOSONG DENGAN BANYAK
Ketika sahur, banyakkan meminum air kosong supaya badan tidak berhidrasi. Jika ada air Zam-zam, itu lebih baik.

14. TIDUR AWAL
Pastikan mereka tidur awal supaya mereka bangun sahur. Bekalkan susu untuk mereka untuk memberi kalsium pada tumbesaran mereka. Selalu bercerita tentang keberkatan Ramadhan dan kongsikan kesengsaraan kanak-kanak di negara lain yang kuat walaupun dalam penuh kesusahan.

 

15. MASAK LAUK BERBUKA BERSAMA
Pulanglah awal dari bekerja kalau boleh. Sentiasa luangkan masa bersama anak-anak seperti memasak bersama, bermain bersama atau sediakan juadah berbuka puasa yang menarik untuk anak-anak. Masa bersama keluarga adalah yang paling berharga buat ibubapa.

16. TONTON UPIN & IPIN

Ini tips mengajar anak puasa yang sangat efektif. Tontonlah kartun yang bertemakan Ramadhan seperti Upin & Ipin supaya dapat menggalakan anak berpuasa.

17. JAUHI TV
Kurangkan menonton televisyen terlalu kerap kerana ia mungkin akan mengugat keimanan si kecil.

18. TINGGALKAN VITAMIN

Jangan memberi anak anda vitamin penambah nafsu makan supaya anak anda tidak terasa lapar.

19. BACA DOA
Ajarkan anak anda berdoa ketika bersahur dan juga sebelum berbuka.

20. AJARKAN AKHLAK
Didiklah anak supaya menghormati ibadah puasa, dan orang yang menjalani ibadah puasa. Contohnya jika hendak berbuka awal, elakkan dari memakan di hadapan orang yang puasa.

21. AJARKAN BEZA MASA DAN WAKTU SOLAT
Bezakan anak-anak antara azan waktu Zuhur, Asar, dan Maghrib. Anak-anak akan keliru kerana hanya ingatkan tibanya waktu azan, sudah masanya untuk berbuka.

22. TAHAN NAFSU
Anak kecil tentu sekali belum ada nafsu besar seperti orang dewasa. Jadi, tips mengajar anak puasa sepatutnya lebih mudah. Latih anak supaya dapat menahan nafsu makan, dan segala perkara yang membatalkan puasa secara berperingkat.

23. FAHAMI YANG ASAS
Mulakan dari yang asas. Kanak-kanak kurang faham apabila diberi input terlalu banyak. Berikan konsep puasa seperti tidak makan dan minum, dan juga sifat marah.

Ajarkan secara berperingkat melalui penceritaan dan perbualan. Anak-anak anda akan dapat tangkap apa yang perlu dilakukan ketika puasa.

24. KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
Contoh yang baik datangnya dari ibu bapa itu sendiri. Jika ibu bapa seronok menyambut bulan Ramadhan dan aktiviti puasa, anak-anak akan turut serta ikut.

25. AJAR DAN ULANG KEBAIKAN BERPUASA
Sentiasa bercakap padanya tentang puasa apabila anak anda terjaga apabila sahur. Katakan padanya, “Nak ikut bersahur tak? Kita puasa hari ini ya sayang.” Perkataan anda akan dirakam oleh anak anda dan disimpan dalam memori otaknya.

Rakaman tersebut akan muncul kembali ketika ada informasi yang sama dia terima. Semakin selalu kita menyampaikan hal-hal tentang puasa maka memorinya akan semakin kuat menyimpan informasi tentang puasa.

26. AJAR DAN AJAR ANAK LAGI
Menyampaikan informasi tentang puasa melalui media gambar adalah salah satu cara efektif dalam mendidik anak puasa kerana anak anda akan lebih tertarik apabila melihat visual gambar. Kita boleh mengubahsuai buku cerita dengan cerita bertemakan puasa.

Misalnya ada gambar orang sedang makan, kita sampaikan bahawa orang ini sedang makan sahur kerana akan berpuasa sehari penuh. Kemungkinan besar anak yang berusia dua tahun ke atas akan rasa ingin tahu dan akan bertanya tentang puasa.

Kita boleh menjelaskan bahawa dengan ibadah puasa, ianya adalah suruhan Allah dan kita akan mendapat keberkatan apabila berpuasa dan mengetahui kesusahan orang yang kelaparan di luar sana.

27. CERITA TENTANG KISAH LAMA
Ini tips mengajar anak puasa dengan bercerita kembali kisah lama semasa ibu-bapa kecil. Media dongeng seperti ini juga boleh digunakan untuk menyampaikan informasi puasa pada anak anda. Cerita apa-apa sahaja sangat digemari oleh anak-anak kerana ianya akan menimbulkan daya imaginasinya.

Kita boleh bercerita melalui pengalaman kita ketika kita berpuasa sejak kecil. Watak haiwan juga boleh digunakan sebagai wakil pelakon. Cerita dongeng sangat efektif dalam mempengaruhi jiwa anak kerana imaginasinya yang tinggi.

Apabila informasi tentang puasa sudah tersimpan kuat dalam memori anak, akan mudah baginya dalam menjalankan ibadah puasa.

Ini kerana aktiviti otak akan mempengaruhi persiapan fizik anak. Otak primitif (action brain) menyusun fizikal untuk kemandirian hidup, menajamkan gerak reflex, meningkatkan daya motor anak, memantau fungsi tubuh dan memproses informasi yang masuk dari pemerhatian/penglihatan.

Ketika kita menyampaikan informasi tentang puasa maka secara selari kita juga menyiapkan fizikal anak untuk berpuasa.

AKHIR KATA

Benar, bukan mudah untuk melatih dan mendidik anak berpuasa. Tips mengajar anak puasa juga tidak sama untuk setiap pasangan ibu-bapa.

Apa yang penting, banyak-banyak berdoa pada Allah agar dipermudahkan segalanya. Semoga anak-anak yang kita didik hari ini bakal menjadi mujahid yang mempertahankan agama Islam.

sumber: siraplimau

13 Cara Mudah Bangun Qiamullail

13 Cara Mudah Bangun Qiamullail

Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullail

Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:

1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.

5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.

7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.

9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.

10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.

12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.

13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!

Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda :

“Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)

Cara dan Panduan Ringkas Solat Qiamullail di Bulan Ramadhan

Cara dan Panduan Ringkas Solat Qiamullail di Bulan Ramadhan

Kita sebagai umat Islam diwajibkan berpuasa pada waktu siangnya manakala pada malam pula kita disunatkan dan digalakkan untuk Qiamullail iaitu malam dimakmurkan dan dihidupkan dengan ibadat.

Solat Qiamullail Ramadhan adalah sangat dituntut di dalam Islam dan akan dijanjikan dengan pelbagai kelebihan dan ganjaran. Baginda SAW ada bersabda bahawa :”Pada Ramadhan sesiapa yang melakukan qiamullail kerana mengharapkan pahala dan keimanan, dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan.” (Daripada Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Solat Qiamullail

Solat Qiamullail Ramadhan adalah antara amalan sunat bagi mendapat keberkatan bulan Ramadhan selain daripada mendirikan solat tarawih dan juga membaca Al-Quran serta berzikir memuji Allah.

Panduan Solat Qiamullail
Kami di Ipuasa.com akan berkongsi sedikit sebanyak berkenaan dengan cara mengerjakan qiamullail Ramadhan yang boleh diikuti oleh semua pembaca Muslim untuk mendekatkan diri dan menyerahkan diri kepada Allah Taala. Kami akan berkongsi doa qiamullail dan amalan-amalan Qiamullail yang sunat untuk dilakukan kita semua. Kebiasaanya solat qiamullail Ramdhan dilakukan bermula pada 12 tengah malam sehinggalah sebelum subuh pagi keesokannnya.

Panduan Qiamullail

1. Doa ini sering dibaca oleh Baginda SAW sebelum Qiamullail dilakukan:

2. Amalan-amalan sunat ini boleh dilakukan ketika Qiamullail Ramadhan :

  • Wuduk diambil dan solat sunat wuduk didirikan
  • Surah Al-Imran dibaca iaitu ayat 190 sehingga 200
  • Solat sunat hajat didirikan untuk pemantapan akidah tauhid dan juga iman di dada
  • Solat sunat hajat didirikan dan memohon kepada Ilahi agar dpertemukan dan dijodohkan dengan Lailatul Qadar
  • Al-Quran dibaca dan ditadarus

3. Banyakkan beristighfar sebanyak 1000 kali iaitu (30 minit)

Maksudnya : Aku memohon ampun kepada Allah dan aku bertaubat kepadaNya

4. Banyakkan berzikir memuji Allah Taala

Tahlil – sebanyak 1000x

Kalimah Tauhid – sebanyak 300x

Bertakbir – sebanyak 300x

5. Banyak bertasbih kepada Allah SWT. Dilakukan sebanyak 300x dan berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW.

Bertasbih – sebanyak 300x

Berselawat

6. Sewaktu Qiamullail Ramadhan, pelbagai solat sunat boleh dilakukan

  • Solat Sunat Tasbih – Sebagai tanda mengagungkan Allah Yang Maha Esa
  • Solat Sunat Taubat – Sebagai tanda memohon keampunan dosa
  • Solat Sunat Lailatul Qadar – Sebagai tanda kesyukuran dapat meraih malam yang penuh berkat dan nikmat
  • Solat Sunat Witir – Adalah sebagai solat penutup

7. Perbanyakkan berdoa kepada Allah memohon keampunan dari Allah dan memohon kerahmatan dan keberkatan dalam setiap amal ibadah yang kita lakukan demi memperoleh redha Allah.

Bacalah doa ini jika bertemu dengan malam Lailatul Qadar:

Cara Solat Sunat Qiamullail Orang Uzur?
Bagi yang tidak mampu untuk melakukan solat Qiamullail Ramadhan, mereka golongan yang uzur dan tidak sihat telah dikira beramal Al-Qadar jika beramal ibadah dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Amalan berikut juga sunat diamalkan jika kita tidak mampu bangun malam untuk solat Qiamullail Ramadhan iaitu bacalah surah berikut :

  • Surah Al Ikhlas
  • Surah Al Zalzalah
  • Surah Al Kafirun
  • Surah Yaasin
  • Ayat Kursi
  • Ayat akhir surah Al-Baqarah

Orang yang uzur dan tidak berkemampuan buatlah seberapa banyak ibadah setakat yang termampu demi meraih kelebihan yang berlipat ganda. Namun, usahlah sehingga memudaratkan keadaan diri yang uzur.

Diharapkan dengan perkongsian ini, kita semua dapat sedikit pencerahan bagaimana untuk melakukan solat qiamullail Ramadhan. Semoga malam-malam Ramadhan sentiasa diisi dengan pelbagai amalan sunat yang sangat digalakkan. Wassalam

9 Tips Kekal Cergas Dan Bertenaga di Bulan Ramadhan

9 Tips Kekal Cergas Dan Bertenaga di Bulan Ramadhan

  1. Melewatkan waktu sahur, kerana glukos (sumber tenaga) daripada karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.
  2. Ambil makanan yang lambat dihadam ketika waktu sahur seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur, dan buah-buahan. Makanan ini mengandungi karbohidrat yang kompleks dan serat yang akan berada dalam perut dalam jangkamasa yang lama dan melambatkan rasa lapar.
  3. Lebihkan makanan yang cepat dihadam ketika berbuka, seperti roti putih, kuih-muih, jus buah, sup dan bubur. Makanan nie mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang cepat dihadam.
  4. Ambil 3-4 biji kurma sewaktu berbuka. Selain makanan sunnah ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. Kurma dapat memberikan tenaga dengan segera yang diperlukan oleh badan kita setelah seharian penat berpuasa.
  5. Elakkan makan bergoreng dan berlemak. Makanan ini menyebabkan ketidakhadaman dan senang berlakunya pedih ulu hati.
  6. Kurangkan makanan manis. Makanan manis tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat dan hanya akan membuatkan kita cepat berasa letih.
  7. Tingkatkan pengambilan air. Minum 2 gelas air sewaktu berbuka, ini termasuklah jus buah-buahan atau susu rendah lemak. Minum 2-3 gelas air putih sebelum tidur, Minum 2 gelas air putih sewaktu sahur.
  8. Elakkan makanan berempah dan pedas. Makanan ini akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Meraka yang mempunyai masalah gastrik eloklah mengelakkan makanan sebegini.
  9. Elakkan minuman berkafein dan air berkarbonat kerana minuman ini akan menyebabkan kita lebih kerap membuang air dan mempercepatkan kehilangan cecair dalam badan.
8 TIPS BERJIMAT DI BAZAAR RAMADAN

8 TIPS BERJIMAT DI BAZAAR RAMADAN

Bila ke pasar Ramadan, pasti duit mengalir macam air. Bawa pula anak-anak yang minta itu ini. Mana ibu bapa tak pening untuk buat perbelanjaan bajet.

Surat khabar pula melaporkan yang rakyat Malaysia telah membazir sehingga 1 tan makan setiap hari. 1 tan kalau didermakan pada rakyat Palestina atau Syria mesti sudah boleh membantu mereka berbuka puasa dengan makanan yang cukup. Terasa diri ini insaf memikirkan keadaan saudara kita di sana.

Di sini kami kongsikan tip mengelakkan pembaziran makanan ketika bulan puasa.

1. Rancang 

Sebelum ke pasar Ramadan, rancang terlebih dahulu apa makanan yang diinginkan untuk berbuka. Biasanya jika ibu sudah memasak, mereka akan pergi ke bazar hanya untuk cuci mata atau beli satu dua jenis kuih sahaja.

2. Kira bajet 

Bawalah duit mengikut bajet anda. Contohnya seorang anak RM6. RM6 x 4 = RM 24. Tip ini boleh membantu mengawal perbelanjaan supaya tidak main beli sahaja di bazar nanti.

3. Ingatkan anak 

Beri bajet tadi kepada anak anda dan ingatkan mereka sepanjang perjalanan bahawa tiada tambahan duit. Mereka boleh memilih hanya 1 atau 2 jenis makanan yang betul-betul mereka minat. Jangan lupa juga untuk beritahu mereka supaya berjimat dan menabung jika ada duit lebih.

4. Kuih campur 

Beli kuih campur-campur. Barulah tekak dapat merasa semua jenis kuih. Dan tentunya jimat!

5. Air 

Belanja air yang tiada ais. Biasanya yang tiada ais ini, rasanya lebih manis. Anda boleh tambahkan ais atau sedikit air di rumah. Kalau boleh, beli air yang susah hendak dibuat seperti laici kang, soya dan teh bunga.

6. Lauk 

Lebih baik jika anda pilih lauk yang jenis bakar atau kawah kerana lauk seperti ini dimasak di bazar dan tidak akan basi cepat. Jika beli lauk yang tertutup, pastikan ada pemanas di bawah bekas untuk memastikan lauk yang kita beli terjamin kebersihannya dan tidak mudah basi. Jangan simpan lauk yang dibeli semasa berbuka untuk sahur.

7. Moreh 

Bawa anak dan isteri anda untuk solat terawih ke masjid disamping mengeratkan silaturrahin dan menikmati moreh yang disediakan. Jika ingin menikmati moreh di masjid, tak perlu lah ke pasar Ramadan hari tersebut.

8. Pergi lewat ke pasar Ramadan 

Cuba pergi ke bazar Ramadhan apabila sudah lewat petang atau waktu hampir berbuka puasa. Bila pergi ke bazar Ramadhan lewat pastinya akan beli dengan cepat sebab mahu cepat balik ke rumah untuk berbuka.

Salah satu sebabnya lagi adalah pilihan makanan tidak banyak dan kita tidak akan menjadi rambang mata untuk memilih makanan. Malah, jika hari itu rezeki anda, mungkin peniaga akan memberi diskaun atau lebih kerana ingin cepat habiskan jualan.

 

Sumber: borneodihati.com & Google (gambar)

Tips Kurus 20kg di Bulan Ramadhan

Tips Kurus 20kg di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan buat semua…hari ni saya nak share tips macamana nak kuruskan badan cepat sikit di bulan Ramadhan yang mulia ni. Masih x terlambat lagi sebab baru tujuh hari berpuasa…ada 3 minggu lagi nak amalkan tips ni dan dapat tengok hasilnya…ok la kan sambil-sambil puasa dapat pahala dan dapat kurus..:)

Ada banyak tips ni…kalau x boleh buat semua, buat la mana yang mampu..hihi jangan sampai merosakkan diri ye…J

  1. Semasa sahur amalkan makan pisang dan betik atau buah yang kaya dengan vitamin C sebab makanan ni agen pelawas yang baik, so, masa pagi pagi tu proses pembuangan akan berjalan seperti biasa…x de la aktiviti pagi harian tu tergendala disebabkan puasa..dan kita akan cepat kurus bila semua dah di buang dan xde makanan lain yang masuk untuk 10-13 jam selepas tu.
  1. Masa sahur juga ambil makanan yang berserat seperti oat adalah contoh terbaik. Ia bukan sahaja menyerap air dan membantu kita cepat kenyang  malah ia juga melambatkan proses tubuh dari berasa lapar.
  1. Jangan makan terlalu banyak semasa berbuka puasa…paham la lapar kan, tapi makan terlalu banyak pun akan menyebabkan kita lebih letih..ingat tau! Memang paling susah…
  1. Amalkan minum air kosong. Means tak bergula, x bergas, x berkaler ,xberkafein dan x berais! Ni pun susah lebih-lebih lagi kalau kena berebut…padahal minum air kosong pond a ok..betul ni tau!
  1. Makan kurma…ni paling susah untuk saya sebab saya x makan kurma. Gula yang terkandung dalam kurma tu dikatakan mudah ditukarkan menjadi tenaga dengan segera dan mengandungi pelbagai vitamin dan serat yang ternyata baik untuk mengekalkan keperluan zat pemakanan sepanjang hari.
  1. Elakkan makanan berempah dan pedas sebab ia boleh menyebabkan gastric dan sakit perut.
  1. Elakkan makan lewat…kadang2 lepas terawikh, kita nak makan lagi sebab masa berbuka tu rasa tak puas makan…jangan tau, makan lewat lagi cepat gemok! Minum je…hihihi..mcm zalim lak rasa masa tulis ni..:)
  1. Elakkan makanan lemak dan kabohidrat dalam menu berbuka puasa…yang ni biasalah kan..kalau x puasa tapi nak kurus pun mmg nil ah makan dia..xleh lemak2 ni eh…no no no!
  1. Amalkan juga aktiviti senaman yang ringan…dalam 30 minit sehari ok lah kot..tengok2 gak la kalau x berdaya tu x payah la..hihi
  1. Positifkan diri untuk buat target kita. Tapi yang realistic la dok..so kalau ada target barulah kita bersemangat nak cuba tips2 ni semua.
Cara Mudah Khatam AlQuran Dengan Dalam Masa 30 Hari

Cara Mudah Khatam AlQuran Dengan Dalam Masa 30 Hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya nak berkongsi tips macam mana nak Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari. Insyallah jika kita dapat amalkan perkara ini. Besar manfaatnya pada diri kita. Kerana Al-Quran terdapat ribuan kelebihan jika kita mengamalkan dan membacanya.

Tuntutan Al-Quran kepada orang Islam,kita kena khatam Al-Quran SEKURANG-KURANGNYA dua kali(2x) dalam masa setahun. JOM AMALKAN tips ini. Semoga Al-Quran menjadi PEMBELA kepada kita di kehidupan Akhirat Insyallah. Minta di jauhkan Al-Quran menjadi PENDAKWA kepada kita.

30 Hari Khatam Al-Quran

Di sini dikongsi sedikit cara untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam Bulan Ramadhan yang bakal muncul tidak lama lagi. Cara ini adalah cara yang paling mudah, praktikal, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua. Hanya perlukan keazaman, kerajinan dan istiqamah.

Berikut caranya :

1. Dalam Al-Quran Mus-haf Uthmani, setiap juzuk Al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat Al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
-2 muka surat sebelum solat fardhu
-2 muka surat selepas solat fardhu

Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatam 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sebulan.

Buat masyarakat bukan `Arab seperti kita ini, sebaik-baiknya sertailah bacaan Al-Quran itu dengan membaca sekali dengan maknanya. Semoga kita mendapat manfaat yang banyak apabila memahami maksud ayat-ayat suci Al-Quran Tidak hanya membacanya seperti biasa yang kita lakukan, tetapi membacanya sambil faham maksud tersebut. Doa supaya saya juga dapat mengamalkannya. AMIN

7 idea hidangan sahur ringkas yang kenyang dan berkhasiat

7 idea hidangan sahur ringkas yang kenyang dan berkhasiat

7 idea hidangan sahur ringkas yang kenyang dan berkhasiat

Sahur merupakan sajian yang sangat diperlukan untuk mengharungi 8 hingga 9 jam tanpa makan dan minum.
Dengan kembalinya bulan Ramadan, sudah pasti kaum wanita antara yang paling sibuk memikirkan menu yang sesuai untuk disajikan kepada keluarga, khususnya untuk bersahur.

Biarpun mungkin ada yang memandang ringan kepentingan sahur, tetapi tentu ramai juga yang mengetahui sahur merupakan sajian yang sangat diperlukan untuk mengharungi 8 hingga 9 jam tanpa makan dan minum.

Nasi adalah menu biasa bagi kebanyakan keluarga di Malaysia, tetapi ada juga yang mahukan kelainan, selain mahukan menu yang mudah dan cepat untuk disediakan pada awal pagi.

Untuk itu, kami kongsikan tujuh jenis juadah bersahur yang ringkas dan mudah untuk dicuba, terutama bagi mereka yang tidak mahu makan nasi setiap hari.

1. Roti tinggi serat (whole grain) + mentega kacang + hirisan pisang

peanut banana

Mentega kacang mempunyai kandungan serat yang tinggi, di samping kaya protein dan sumber vitamin E, B6, zat besi, folat dan kalsium. Pisang pula, seperti yang diketahui ramai, merupakan sumber tenaga. Malah pengambilan pisang mengekalkan tenaga dalam tempoh masa yang lebih lama daripada pengambilan gula.

2. Roti bakar gandum (whole wheat)  + tomato + telur goreng ‘mata’

roti telur

Gabungan biasa untuk sandwic ringkas, namun ianya kaya khasiat. Telur adalah antara makanan yang punyai kandungan protein yang tinggi dan sering dicadangkan pakar pemakanan untuk diambil pada waktu pagi.

3. Paket ‘Smoothie’

smoothie packet

Kisarkan pilihan buah-buahan bersama secawan susu, yogurt dan oat untuk menghasilkan satu ‘protein smoothie’ yang mengenyangkan. Antara buah-buahan yang sesuai bagi tujuan ini adalah kurma, pisang, epal, pelbagai jenis beri, mangga dan juga avocado selain kacang. Sediakan bahan-bahan ini di dalam paket-paket kecil dan simpan di dalam peti sejuk untuk dikisarkan setiap pagi.

4. Telur hancur + bayam + keju dibalut dalam tortilla gandum

telur

Bayam antara sayuran dengan kandungan zat besi yang tinggi yang dapat membekalkan tenaga. Gabungkan ia dengan telur hancur, keju serta cendawan atau tomato dan balutkan dengan roti tortilla untuk satu hidangan yang cukup mengenyangkan.

5. Roti bakar gandum + kale (kubis daun) + telur dadar + keju

cheddar

Cuba campurkan apa sahaja hidangan anda dengan sayuran bernutrien tinggi, seperti kale. Mungkin ramai yang tidak tahu, kale adalah sejenis sayuran paling kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin A, B, K, kalsium dan magnesium.

6. Oatmeal bakar

baked oat

Tak gemar oatmeal tradisional? Bolehlah cuba oatmeal dengan cara ini. Lebih sedap dan khasiatnya juga tak banyak yang berubah. Setelah dibakar, boleh disimpan di dalam peti ais dan hanya panaskan sahaja apabila hendak makan.

7. Paket oatmeal

packet oatmeal

Jika anda mahukan oatmeal dengan rasa dan rupa yang lebih menarik, mungkin ini sesuai untuk anda. Kisarkan oatmeal bersama buah-buahan yang digemari seperti epal, beri biru atau strawberi. Ia boleh disimpan selama kira-kira seminggu di dalam peti ais dan tentunya menjimatkan masa.

AIR POTONG LEMAK NI KEMPISKAN PERUT DAN HILANGKAN BERAT 2KG SEMINGGU, JOM COBA!

AIR POTONG LEMAK NI KEMPISKAN PERUT DAN HILANGKAN BERAT 2KG SEMINGGU, JOM COBA!

Kalau waktu makan memang tak ingat apa, semua makanan nak masuk mulut. Padahnya perut akan rasa tidak selesa dek kerana buncit! Sebenarnya buncit adalah berkaitan dengan penjagaan makanan dan disiplin ketika menjamah makanan, nak selesaikan masalah lemak makin melekat ini anda boleh ikut petua yang dikongsikan oleh Farizan Aualudin ini…

Hari ini hakak nak ajar buat air kempis perut yang diajar oleh member baik saya seorang pemilik spa. Apa yang penting mudah, sedap dan berkesan. Sila amalkan 2 kali sehari:

  • Pagi sebelum sarapan
  • Malam 1 jam sebelum tidur

Air buang lemak ini dapat bantu korang hilangkan berat 2kg semingu! Tak percaya?? Jom amalkan!

Bahan-bahan:

  • Halia 2 inci di mayang
  • Serai 4 batang di titik
  • Lemon sebijik dipotong bulat
  • Cengkih 10 batang
  • Kayu manis (cassia)
  • Madu sebagai pemanis

Cara nak buat:

1. Masukan semua bahan-bahan dalam periuk bersama 1 liter air kecuali madu tak payah masukkan. (nak minum nanti baru letak ya)

2. Bring it to boil bak kata omputih, didihkan sampai kuar warna kayu manis tu macam keemas-emasan gitu.

3. Dah kuar warna tu korang dah bole tutup api dan sejukkan, kalo nak minum terus pun lagi elok. Yang lebih-lebih tu korang boleh simpan untuk diminum hari-hari mendatang!j Hanya tambah air panas je.

4. Ini lah hasilnya saya tambah lagi 1 hirisan lemon dan 1 sudu madu untuk pemanis!

5. Jom minum untuk kurus! Slain sedap air ini juga ade hint of refreshing gitu!

Sumber: mingguan wanita

AWAS!! Ini Ciri-ciri Produk Kosmetik Yang Ada Mercury. Paklong Tak Mahu Sebut Jenama Mana tapi Cuba buat Ujian Ringkas Ini.

AWAS!! Ini Ciri-ciri Produk Kosmetik Yang Ada Mercury. Paklong Tak Mahu Sebut Jenama Mana tapi Cuba buat Ujian Ringkas Ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

Entri kali ni tentang kecantikan,sapa yang xnak cantik kan.
Maybe ramai lagi d luar sana yg masih belum tau tentang kosmetik bermercury ni kan.Marila kita sama2 saling share untuk kebaikan.Xrugi pun.

Sebelum tu kita check dis out.Bahaya2 daripada penggunaan kosmetik yang ada mercuri:

-Kanser (Kanser kulit,kanser payudara,kanser payudara)
-Meningkatkan potensi untuk dapat penyakit hilang ingatan(nama sendiri pun xingat kang)
-Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi(mercuri menyerap masuk ke dlm kulit then masuk ke dalam darah bawak ke buah pinggang ,berkumpul kat situ..habis rosak buah pinggang ).Lagi satu bau air kencing kuat cam bau logam adalah salah satu tanda wujudnya mercury dlm badan kite.
-Parkinson(penyakit saraf).Nampak x betapa bahaya nya mercury ni,fungsi2 penting dalam badan habis rosak.

Move on kepada ciri2 kosmetik yang ada penggunaan mercury ni plak.

1)Melekit-lekit.Sapu kat muka pun bkn main susah nak ratakan.

2)Tidak Homogen.Kalau kita biarkan krim tu,akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yg padat.

3)Kulit putih segera.Tagline kulit cerah dalam penggunaan seminggu,nampak beno nipunya.Pakai banyak merkuri memangla laju je kulit putih.Putih nye plak lain mcm,bukan putih natural.Biar lambat putih asalkan selamat.

4)Xda langsung jerawat nak tumbuh.Jangan cepat happy bila ni terjadi.Sebenarnya kulit epidermis(lapisan kulit yg paling ats sekali) dah rosak.Kulit dah ROSAK tu dah hilang protein dan melanin yg sgt la penting untuk melindungi kulit dari sinar uv.Dan kenapa jerawat dah xnak tumbuh adalah sebab kuman/bakteria pun xsudi nak duduk tempat yg dah rosak.Nyamuk pn buat derk je.

5)Bau logam.Merkuri ialah logam berat yg berbentuk cecair.So bau logam bau dia kuat menyengat,kalau wangi pun maybe dia dah dicampur dgn parfum(pewangi).

6)Warna kebiasaanya berwarna putih-kuning.Krim siang kuning,krim malam putih.Tapi xsemua lah produk nak ckp ada merkuri,tapi wajib diragui.So google sebelum nak try2 guna produk kosmetik.

7)Berkilau blink2.Tekstur kosmetik yg ada mercury ni berkilau2,kilat2 sikit.Cuba tengok kat kulit lepas pakai tu ada x kilat2.Ingat! mercury adalah logam sbbtu dia berkilat.

8)Bila stop pakai,bintik2 tumbuh kat muka,gatal2.Lama2 kulit jadi kehitaman dan kusam lebih teruk daripada sebelumnya.

9)Kulit sensitif dengan matahari.Kena matahari kejap je pun dah merah dan rasa terbakar.

mercury

Ujian Ringkas.( dari blog dr.zubaidi )

-Sapukan cincin emas(pastikan yg tulen yo) dengan krim yang kita nak test tu.Gosok2 ler cincin dengan krim tu.
-Kalau produk tu bermercury,krim tu akan bertukar warna kelabu.Semakin gelap kaler yg terhasil,semakin banyak mercury yg digunakan dlm produk tu.

okey.Take care.Weeee wooo weee.

diambil dr blog anak gadis yg amat comel ni , memang boleh buat menantu !!
http://pinkylaptop.blogspot.my/2013/11/awasciri2-kosmetik-yang-ada-mercury.html