Category: TELADAN

Kisah Benar: Seumur Hidup Berbuat Baik pada Haiwan, Ketika Dia Mati, Ratusan Burung Iringi Pengebumiannya !!

Kisah Benar: Seumur Hidup Berbuat Baik pada Haiwan, Ketika Dia Mati, Ratusan Burung Iringi Pengebumiannya !!

Oleh:Almaswa Haji Che Ros

Islam mendidik umatnya agar berbuat ihsan kepada haiwan dengan memberikan perhatian kepada usaha menjaga kebajikan mereka. Inilah di antara salah satu daripada ciri-ciri keindahan dan kesempurnaan ajaran Islam yang jarang diberikan perhatian. Bersesuaian dengan Sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut :-

“Pada setiap sedekah terhadap makhluk yang memiliki hati (jantung) yang basah (hidup) akan dapatkan pahala kebaikan. Seorang Muslim yang menanam tanaman atau tumbuh-tumbuhan yang kemudian dimakan oleh burung-burung, manusia, atau binatang, maka baginya sebagai sedekah.” (Bukhori, Muslim).

Kisah yang ingin diceritakan ini, dikongsi oleh seorang anak mengenai arwah bapanya, Haji Bujang bin Tanda yang telah meninggal dunia 18 tahun lalu. Ratusan ekor burung seperti aina, pipit, merbah bahkan dari spesies yang tidak diketahui seolah-olah membuat barisan mengiringi jenazah kerana sikap arwah yang rajin bersedekah kepada makhluk Allah ini.

“Arwah bapa meninggal kerana serangan jantung. Saya sendiri tidak sempat menghadapnya kerana sebaik ke rumah, bapa sudah meninggal dunia. Berita kematiannya mengejutkan ramai orang kerana arwah tampak sihat sebelum ini,” kata anaknya, Jamilah Haji Bujang, 47 tahun.

Suami Jamilah, Hamdan Mohd Yusof seorang pengurus jenazah di Pantai Dalam. Dia memaklumkan betapa mudahnya memandikan arwah bapa mentuanya.

“Arwah seolah-olah tidur lena. Tubuhnya lembut, sendi-sendinya senang diuruskan. Waktu mandinya juga singkat dan mudah.”

Selesai urusan kafan, jenazah di bawah ke Masjid Al-Ikhlasiah untuk disolatkan. Ratusan orang datang dan saling mengucapkan salam takziah kepada kami sekeluarga. Masa yang sama, masing-masing mengakui kebaikan yang selalu dibuat oleh arwah bapak yakni kebaikan dan pertolongan yang selalu dihulurkannya tanpa mengira siapa.

“Ketika jenazah dibawa ke masjid, saya perasan ratusan ekor burung bertenggek di wayar talian elektrik. Bermacam-macam jenis malah ada spesies burung berwarna hijau yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

“Burung-burung itu seolah-olah membentuk satu barisan panjang dan berbunyi sewaktu keranda bapa melalui mereka. Bahkan ratusan orang mengikuti solat jenazah pada hari itu.

“Hal burung itu saya anggap biasa tetapi kejadian aneh sekali lagi berlaku di tanah perkuburan. Kali ini burung-burung hijau bertenggek di ranting-ranting pokok yang terdapat di tanah perkuburan itu. Masih berkicau-kicau. Saya cuit emak dan abang, rupanya mereka juga perasan hal ini. Subhanallah,” tutur Jamilah pula.

Rajin Bersedekah Pada Makhluk Allah

Sekalipun sudah hampir 20 tahun bapanya meninggal dunia, perbuatan bapanya itu masih terkesan di hati. Sampaikan hari ini, Jamilah sendiri meneruskan cara yang dilakukan oleh arwah bapanya itu.

“Bila saudara mara mula balik, mak buka satu cerita. Sejak pencen dari Telekom, bapa gemar bercucuk tanam. Ada pisang, serai, lengkuas, halia, cili, kacang botol dan sebagainya. Arwah cuma ambil sedikit saja hasil tanamannya. Sekadar melepaskan “sesak” di dapur ketika emak memasak. Selebihnya di sedekah kepada jiran tetangga dan ahli masyarakat yang datang meminta.

Cerita emak lagi, kalau pisang masak, bapa tidak akan benarkan pokok itu ditebang. Dia mahu burung, tupai makan sesisir dua pisangnya terlebih dahulu. Selepas itu barulah tandan pisang ditebang dan di sedekah pada jiran-jiran terdekat. Arwah juga akan mengumpul sisa-sisa nasi dari kedai makan untuk diberikan pada ayam dan itik yang diternak.

“Kadang-kadang bukan ayam itik sahaja yang datang makan. Kucing, burung, anjing liar juga akan berkongsi rezeki yang sama. Mereka seolah-olah tahu jam 3 petang, arwah akan datang membawa satu baldi penuh dengan sisa nasi dan lauk pauk yang dikutip dan dikumpulkan dari kedai makan berhampiran rumahnya.” Cerita emaknya yang terkesan sehingga mengubah diri Jamilah jadi pemurah dalam soal sedekah.

Jamilah sedar perbuatan baik itu bukan saja dilakukan kepada manusia tetapi juga kepada makhluk Allah yang bernyawa. Hal ini kerana di dunia, Allah sudah menunjukkan pengajaran kepada insan yang berbuat baik kepada haiwan-haiwan.

Cerita Pak Kasim Asam Pedas Melaka

Kata pemilik kedai makanan, Pak Kasim Asam Pedas Melaka sudah jadi rutin arwah Haji Bujang datang ke kedainya untuk mengambil sisa-sisa nasi dan lauk. Ramah menyapa pelanggan yang datang ke kedainya.

“Dengan arwah semuanya boleh jadi. Baik masalah tanah setinggan, nak pinjam duit sampailah kenduri kahwin anak. Mulutnya memang bising sikit tapi hatinya baik. Arwah tak pernah mengecewakan harapan orang yang datang meminta bantuannya. Itulah sebab arwah popular dan sangat dikenali.  Bila arwah meninggal, sudah tak ada siapa lagi yang ambil sisa nasi di kedai saya.”

Satu lagi sikap bapanya dia akan menyapu keliling kampung. “Bapa akan bawa sebatang penyapu lidi dan kereta tolak.  Habis jalan-jalan utama dibersihkan.  Itulah rutinnya setiap hari sampaikan sekampung kenal perangainya.”

Apa yang lebih terkesan di hati anak keempat dari enam beradik ini ialah arwah bapanya bersama sahabat-sahabatnya memberikan sebahagian wang simpanan mereka untuk mendirikan surau yang diberi nama Al-Ikhlasiah. Hari ini, surau itu sudah tiada lagi tetapi digantikan dengan sebuah masjid tersergam indah yang mampu menampung ribuan jemaah di dalamnya di Pantai Dalam.

Kisah Benar Anak Lelaki Tidak Dapat Mengucap Sebelum Mati Kerana Melebihkan Isterinya Dari Ibunya Sendiri !!

Kisah Benar Anak Lelaki Tidak Dapat Mengucap Sebelum Mati Kerana Melebihkan Isterinya Dari Ibunya Sendiri !!

Di dalam kitab al-Kaba’ir, karangan Syamsuddin al-Zahabiy ada dirakamkan sebuah cerita. Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang lelaki yang bernama Alqamah.

Pada suatu hari Alqamah sakit keras. Keadaannya seolah-olah dia sudah nazak sehingga isterinya pun cemas melihatnya. Dalam keadaan bingung tidak tahu apa yang hendak dilakukan, akhirnya isterinya berpendapat lebih baik segera memberitahukannya kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. yang mendapat khabar salah seorang sahabatnya sedang bertarung dengan maut, segera menyuruh Ammar, Bilal dan Suhaib untuk pergi melihatnya dan mengajarinya mengucap Laailaha Illallah.

Sahabat Rasulullah yang tiga orang itu pun bergegas menuju ke rumah Alqamah. Memang benar keadaannya sudah ghargharah. Mereka menuntutnya mengucapkan Laailaha Illallah. Tetapi ini lain dengan sahabat-sahabat yang lain yang menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sekalipun Alqamah seorang yang taat kepada Allah serta baik kepada sesama manusia, lidahnya kaku tidak sanggup menyebut kalimah tauhid itu.

Mereka juga kebingungan sehingga akhirnya segera melaporkannya kepada Rasulullah s.a.w. Beliau bertanya kepada isteri Alqamah: ”Apakah ibu suamimu itu masih hidup?” Isteri Alqamah menjawab: ”Ya, ibunya masih hidup tetapi sudah tua.”

Rasulullah s.a.w. menyuruh salah seorang sahabatnya untuk pergi berjumpa ibu Alqamah dengan pesanan seperti berikut: ”Kalau nenek sanggup, mari kita ke rumah Rasulullah. Dan kalau nenek tidak sanggup berjalan duduk saja di sini menunggu kedatangan Rasulullah s.a.w. Rupanya wanita tua itu sudah tahu apa yang menimpa anaknya, sudah dapat membaca untuk dipanggil oleh Rasulullah s.a.w. Hatinya berbisik: ”Barangkali aku dipangil untuk menebus atau membebaskan diri Alqamah. Tidak hormat kalau Rasulullah yang datang berjumpa aku, lebih baik kalau aku saja yang pergi berjumpa dengannya.” Kemudian wanita itu berdiri dan berjalan dengan memakai tongkat untuk berjumpa Rasulullah s.a.w.

Sesampai di depan pintu rumah Rasulullah, wanita itu mengucapkan salam dan Nabi menjawabnya. Kemudian Nabi berkata: ”Wahai ibu Alqamah, Aku ingin mendengarkan keterangan yang benar. Seandainya ibu berdusta, wahyu akan turun menjelaskannya. Sekarang aku bertanya: ”Bagaimana sebenarnya anakmu yang bernama Alqamah itu?”

Wanita tua itu menjawab: ”Ya Rasulullah, anakku itu rajin mengerjakan solat, rajin berpuasa dan suka bersedekah.” Rasulullah menambah lagi: ”Apakah engkau suka atau benci melihat anakmu itu? Maksudnya apakah dia ada menyakiti hatimu?”

Wanita tua itu menjawab: ”Memang, saya ada juga merasa sakit hati melihatnya.” Setelah Rasulullah menanya apakah yang menyebabkan dia sakit hati, wanita itu menjawab: ”Hak kepada Allah dia tunaikan dengan baik, hak kepada isteri dan anak-anaknya dia tunaikan dengan baik, begitu juga hak kepadaku sebagai ibu kandungnya. Cuma nampaknya dia terlalu sayang kepada isterinya sehingga terkadang kurang perhatiannya kepadaku.”

Rasulullah s.a.w sememangnya sudah menjangka bahawa Alqamah tidak dapat mengucap kalimah Laailaha Illallah ketika mengakhiri hayatnya kerana kemungkinan ada dosanya terhadap ibunya. Rasulullah s.a.w. berkata: ”Sekarang sudah jelas bahawa Alqamah tidak sanggup mengucap kalimah tsabit itu disebabkan ada dosanya kepada ibunya.”

Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal dan sahabat-sahabat lainnya: ”Sekarang pergi kalian carikan kayu bakar. Hanya itu caranya untuk menyelesakan masalah ini.” Ibu Alqamah terkejut mendengar kata-kata Rasulullah itu dan bertanya: ”Untuk apa kayu itu ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: ” Biar ku bakar dia di hadapanmu.” Ibu Alqamah berkata lagi: ”Ja… ja… jangan ya Rasulullah. Aku tidak rela membiarkan anakku itu dibakar.”

Rasulullah s.a.w. memberikan penjelasan: ”Wahai ibu Alqamah, sebenarnya seksa Allah nanti lebih dahsyat lagi, bahkan kekal. Kalau engkau ingin dosa-dosanya terampun, maka maafkanlah dia. Demi Allah yang diriku berada di dalam kekuasaan-Nya, semua ibadat Alqamah yang terdiri daripada solat, puasa, sedekah dan sebagainya itu tidak ada gunanya kalau engkau tidak memaafkan kesalahannya.”

Mendengar yang demikian itu , ibu Alqamah berkata: ”Ya Rasulullah, aku persaksikan kepada Allah dan malaikat-Nya, bersaksi di hadapan Rasul-Nya serta kaum Muslimin yang hadir sekarang ini bahawa mulai sekarang aku sudah memaafkan kesalahan anakku yang bernama Alqamah itu.”

Rasulullah s.a.w. agak lega mendengarkan kata-kata itu kemudian berkata: ”Wahai Bilal, Ammar dan Suhaib, pergilah ke rumah Alqamah untuk melihat penyakitnya. Kalau nampak dia dalam keadaan ghargharah ajari dia mengucap Laailaha Illallah. Semoga kemaafan ibunya dapat memudahkannya mengucap Laailaha Illallah.

Sesampai di halaman rumah Alqamah, dari dalam rumah terdengar Alqamah mengucap kalimah Laailaha Illallah. Bilal masuk ke dalam rumah dan dilihatnya jiran-jiran Alqamah sedang khusyuk memperhatikan keadaannya yang untuk itu tetapi sanggup mengucap Laailaha Illallah. Bilal berkata: ”Wahai saudara-saudara sekalian, memang benarlah bahawa Alqamah tidak kuasa menyebut kalimah tauhid itu kerana ibunya tidak suka kepadanya. Setelah ibunya memaafkan kesalahannya, lidahnya pun sudah pandai bertutur.”

Alqamah meninggal dunia pada hari itu juga. Rasulullah s.a.w. pun datang menziarahi jenazahnya. Beliau menyuruh supaya memandikannya, mengkafaninya, menyembahyangkannya dan menguburkannya.

Setelah selesai segala urusan, termasuk penguburannya, beliau berdiri dan berkata: ”Wahai kaum Muhajirin dan Ansar, sesiapa diantara kamu yang mengutamakan isteri daripada ibunya, maka akan dilaknat oleh Allah s.w.t., malaikat-malaikatnya serta seluruh manusia. Allah s.w.t. tidak akan menerima amalan seseorang kecuali dia sudah bertaubat kepada-Nya serta berbuat baik kepada ibunya. Reda Allah seiring dengan reda ibu dan kemarahan Allah juga seiring dengan kemarahan ibu.

Marilah kita memohon kepada Allah, semoga kita sentiasa melakukan pekerjaan yang diredhaiNya serta menjauhi yang tidak disukainya. Allah Maha Mulia, Allah Maha Pemurah dan Allah Maha Penyayang.

Kisah Benar: Jenazah sangat Busuk, Ulat Keluar Dari Mulutnya

Kisah Benar: Jenazah sangat Busuk, Ulat Keluar Dari Mulutnya


GAMBAR HIASAN

by khusnulkhatimah

Bagi yang melihat foto ini..
Mohon Jangan Diabaikan
Luangkanlah Waktu untuk Membacanya..
Dan Ucapkanlah #Aamiin Dikomentar..
SEMOGA YANG KOMENTAR “Aamiin” KELAK WAFATNYA HUSNUL KHOTIMAH..Aamiin Yaa Rabbal’Aalamiin

ini adalah kisah nyata,kisah proses penguburan seorang pejabat di sebuah kota di Jawa Timur,
nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan..
Insya ALLAH kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput..

Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya..

Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini :
Saya terlibat dalam pengurus jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani..
Ada yang meninggal dunia akibat kecelakaan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya..
Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang pejabat yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan ‘istimewa’ sepanjang hidup..
Inilah pertama saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah..
Sebagai Modin tetap di desa, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah Bapaknya..
Saya terus pergi ke rumahnya..
Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk..
Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan..
Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini..
Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh,saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam..
Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari ALLAH Subhanahu Wata’ala..
Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong..
Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus ” fardu kifayah ” atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar..
Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju..
Tetapi selama memandikan mayat itu, kejadian pertama pun terjadi, sekedar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa..Maka saya pun urut-urut perut almarhum..
Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan..
ALLAH Subhanahu Wata’ala berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya karena pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya..
Hati saya berdebar-debar..
Apa yang sedang terjadi di depan saya ini..??
Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi karena saya mengurut perutnya untuk kali terakhir..
Tiba-tiba ketentuan ALLAH Subhanahu Wata’ala berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup..
Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung)..
Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempo yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa..??

Saya lihat wajah anak almarhum..
Mereka seperti terkejut,Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada Bapaknya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik..
Saya katakan kepada mereka :
Inilah ujian ALLAH terhadap kita..!!
Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum..
Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung karena mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah..
Ketika semua anak almarhum masuk, saya nasehati mereka..
Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah Bapak mereka, bukan menguruskan semuanya, tanggung jawab ada pada ahli warisnya..
Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah Bapak mereka itu, bukan hanya iman, hanya bilal, atau guru..
Saya kemudian meminta ijin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu..
Takdir ALLAH ketika ditunggingkan mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya..
Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan..
SubhanALLAH suasana menjadi makin panik..
Benar-benar kejadian yang luar biasa sulit diterima akal pikiran manusia biasa..
Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil..
Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu..
Saya meminta anak-anaknya kain kafan..
Saya bawa mayat ke dalam kamarnya dan tidak diijinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi..
Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke kamar dan hendak dikafani, takdir ALLAH jua yang menentukan, ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi ujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki..
Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mau menerima mayat tadi..
Tidak apalah, mungkin saya yang khilaf dikala memotongnya..
Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang..
Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan..
Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada ALLAH : Yaa ALLAH, jangan kau hinakan jenazah ini Yaa ALLAH, cukuplah sekedar peringatan kepada hamba-MU ini..
Selepas itu saya beri taklimat tentang sholat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan karena tidak ada mobil jenazah/mobil ambulance.Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah..
Semua sedang terpakai, beberapa tempat tersebut juga tidak punya kereta jenazah lebih dari satu karena kereta yang ada sedang digunakan pula..
Suatu hal yang saya pikir bukan sekedar kebetulan..
Dalam keadaan itu seorang hamba ALLAH muncul menawarkan bantuan..

Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis mobil pick-up dari garasi rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van..
Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba istrinya keluar..
Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai : Mas, saya tidak perbolehkan mobil kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengijinkan kita naik mobilnya..
Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian..!!
Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya..
Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya..
Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta ijin saya dalam 10-15 menit membersihkan mobilnya itu..
Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu,muncul mobil tersebut, tapi dalam keadaan basah kuyup. Mobil yang dimaksudkan itu sebenarnya lori..
Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar, dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah, cukup tinggal di camping saja akan lebih baik..
Saya tidak mau mereka melihat lagi peristiwa ganjil..
Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir ALLAH yang terakhir amat memilukan..
Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah..
ALLAH Subhanahu Wata’ala berkehendak semua atas makhluk ciptaan-NYA berlaku, saat jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering..
Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu..??
Sukar untuk saya menjawabnya..
Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapak mereka dikemas dalam peti dengan hati-hati..
Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na’udzubillah..
Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat safa’at Nabi..
Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut..
Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol..
Tapi sungguh mengherankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becek..
Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu..
Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu..
Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter..
Artinya kubur itu tidak ditimbun hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlobang..
Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air..
Masya ALLAH, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi..
Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin..
Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan..
Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya.

Saya bertanya kepada istri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya..
1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim..??
2. Mendapat harta secara merampas, menipu dan mengambil yang bukan haknya..??
3. Memakan harta masjid dan anak yatim..??
4. Menyalahkan gunakan jabatan untuk kepentingan sendiri..??
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, shodaqoh atau infaq..??
Istri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya..
Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nomor telepon rumah..
Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya..
Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristrikan orang Amerika, seorang dapat istri orang Australia dan seorang lagi istrinya orang Jepang..
Peristiwa ini akan tetap saya ingat, Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan atau isapan jempol..
Semua kebenaran saya kembalikan kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala pencipta jagad raya ini..

Kepada semua pembaca ,tanyalah diri kita,akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapak kita, anak kita atau kaum keluarga kita..??
Semoga akhir hidup kita semua Husnul Khatimah,Aamiin..
Yuk Bagikan Artikel ini,
semoga menjadi KEBAIKAN bagi kita semua..

Yaa ALLAH..Mudahkanlah urusan orang yang Membaca status ini..
Dekatkanlah Rezekinya,Sehatkanlah jiwa raganya dan Mudahkanlah jodohnya untuk orang yang nge-Like dan nge-share Status Ini..Aamiin Yaa Rabbal’aalamiin..

Klik SUKA dan komentar AAMIIN lalu BAGIKAN dengan Ikhlas.

Imam Meninggal Dunia Dalam Sujud Selepas Membaca Surah Ini..Maksud Ayat Tu Buat Jemaah Terkejut !!! Mesti Kongsi !!

Imam Meninggal Dunia Dalam Sujud Selepas Membaca Surah Ini..Maksud Ayat Tu Buat Jemaah Terkejut !!! Mesti Kongsi !!

Imam Meninggal Dunia Dalam Sujud Selepas Membaca Surah Ini..Maksud Ayat Tu Buat Jemaah Terkejut !!! |Jamhuri, Imam Masjid Baitut Tharah menghembus nafas ketika mengimamkan solat jumaat kelmarin di Samarinda,kaltim.

Meninggalnya imam yang sangat di hormati dan juga di segani ini turut menjadi perhatian media indonesia,karena jasadnya menebarkan haruman semerbak wangi yang tidak pernah tercium sebelumnya.

Arwah meninggal dalam sujud rakaat pertama,setelah beberapa lama tidak bangun,akhirnya beliau digantikan dengan imam kedua

Menurut saksi Arwah Jamhuri membacakan Ayat dari suroh Al’Ala yang bermaksut :

“Sucikanlah nama Tuhanmu yang Maha Tinggi.Yang menciptakan dan menyempurnakan. Dan yang menentukan dan menunjukkan. Dan kami mudahkan bagimu jalan yang mudah.

Sungguh beruntung orang yang membersihkan diri. Dan ia ingat nama Tuhannya lalu bersembahyang. Namun, kamu mengutamakan dunia. Padahal akhirat itu lebih baik dan kekal”
Pardiansyah yang saat itu sedang berada tepat di belakang Jamhuri maju menggantikan sebagai imam. Salat dilanjutkan. Jamhuri tak jua kunjung bangun dari sujudnya hingga salam.

Setelah solat selesai jemaah lain cuba membangunkan imam Jamhuri namun beliau sudah pun meninggal dunia.

Seketika itu juga Jenzah di angkat ke rumah beliau yang tidak jauh dari masjid,di akui Arwah tidak terlihat sakit.

Bahkan sebelum solat jumat salah seorang jemaah zaini masih sempat berbual dengan arwah yang merupakan orang pertama datang kemasjid itu.

Jam 11 dia sudah datang,lama kami berborak,arwah khusuk berborak tentang anak anak dia,tidak seperti nampak sakit,tapi saat sujud pertama lirih pelan suara takbir “ALLAHUAKBAR” jelas terdengar di pembesar suara.katanya
Menurut warga setempat arwah yang memiliki enam cucu itu dikenali sebagai seorang yang sangat baik,beliau adalah tertua di kampung itu dan akan hadir di setiap waktu solat di masjid itu.

Sementara Mahmudah, anak bungsu yang menjaga Jamhuri. berkata, abahnya yang lahir pada 17 Agustus 1946 itu dikenal keluarga sebagai orang yang taat dan boleh dikatakan tidak pernah ponteng solat berjamaah.

Meskipun kadang kesihatannya kurang baik,abah akan tetap beribadah kemasjid,katanya.

Mahmudah Juga berkata bahwa abah mereka tidak pernah menuntut sembarang pelajaran baik buruk waktu mereka sekolah, kecuali solat lima waktu.

Menjadikan anak sebagai kawan, pendapat anak didengar, bila tidak sesuai dengan ajaran islam kami ditegur dengan tegas namun tidak kasar.

“Selalu memanjakan kami. Meskipun kami sudah berkeluarga, apapun yang kami inginkan selalu dipenuhi,” ujar Mahmudah.
Kerapatan berkeluarga tersebut tidak membuat anaknya melihat tanda tanda bahwa ajal abahnya itu sudah dekat.

Namun pada dua hari sebelum arwah meninggal,anaknya itu mecium bau yang wangi diketahui arwah tidak pernah memakai minyak wangi.sampai saya tegur,namun abah hanya senyum,sambungnya.

Sementara Rukiyah isteri arwah terlihat tampak tegar. Hanya dia satu-satunya yang tidak meneteskan air mata melihat suaminya meninggalkan dirinya lebih dulu.

Hanya sesekali matanya menatap jenazah yang tertutup kain terbaring di depannya.

“Ya, karena sudah waktunya. Dia juga sudah kembali kepada Allah, jadi kita ikhlaskan saja. Saya hanya bisa mendoakan semoga amal ibadahnya diterima. Dan kami yang ditinggalkan mendapat ketabahan,” Katanya

Sejak tahun 1984, mereka sudah menetap di Loa Janan. Suaminya selama tinggal sudah dikenal sebagai tokoh agama di daerah tersebut.

Jamhuri merupakan anak tunggal perantau asal Martapura, Banjarmasin. Sebelum menetap bersama istri di Loa Janan, arwah belajar di Pesantren Darussalam, Martapura.

‘Kau Kedekut Dengan Mak Ayah, Hidup Kau Akan Sempit Walau Laki Bini Gaji Puluh Ribu’..

‘Kau Kedekut Dengan Mak Ayah, Hidup Kau Akan Sempit Walau Laki Bini Gaji Puluh Ribu’..

Berapa ramai yang sediakan satu bahagian gaji untuk diberi kepada ibu bapa setiap bulan? Adakah kita kedekut kepada ibu bapa? Pernahkah kita berkira untuk membuat bakti kepada mereka? Persoalan di atas hanya diri sendiri yang boleh jawab.

Barangkali, inilah satu-satunya perkara yang menjadikan gaji kita tak berkat dan tidak pernah cukup. Perasan tak?

Seorang pengguna FB Zakuan Faiz telah menulis satu coretan mengenai perkara ini yang pasti mampu membuka mata kita semua. Baca coretannya di bawah:

SYURGA PALSU UNTUK ORANG BODOH

Aku tidak dapati, doa yang lebih mujarab daripada doa kedua orang tuamu. Khususnya ibu.
Aku dapati begitu ramai orang hebat, khasnya para ulama yang mulia, melainkan mereka didoakan ibu mereka secara khusus.
Ramai yang tak menyedari anugerah yang begitu hebat ini yang mana mereka adalah pintu-pintu syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi pada kita, mereka hanyalah tempat untuk kita serahkan baby untuk dijaga.

Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita. Betapa celakanya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya.
Alasan mereka, hidup susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga.
Sebenarnya barakah yang sudah hilang. Hinggakan para wanita terpaksa bekerja, keluar dari rumah, melanggar fitrah mereka, bergaul dengan lelaki ajnabi secara bebas, suami mereka menjadi dayus. Ada juga yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka. Sebab nak ada duit supaya boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu rumah.
Lelaki menjadi lemah, tidak lagi seperti “Rijal” pada zaman Rasulullah. Cukup seorang untuk beri nafkah, kerana mereka Qana’ah dan Allah limpahkan barakah.


Akhirnya ibu dan bapa yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba kepada kita.
Bila kita dah mula kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak balas jasa ibubapa. Tapi waktu itu sudah terlambat, tak ada nikmat dunia lagi yang dapat gembirakan mereka. Bawa melancong, kaki mereka sakit. Bawa makan, mereka perlu berpantang. Bawa ke taman, tak larat berjalan.
Yang mereka mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman.
Tapi demi Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan.
Akhirnya syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun tertutup.
Waktu itu tiada lagi guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar “dengan orang lain” juga kurang mesra dengan kita, kerana tak pernah diberi perhatian dan kasih sayang selayaknya.
Akhirnya anak-anak muda menjadi sampah raver, hipster dan entah apa kejadah lagi. Yang perempuan hilang dara seawal darjah tiga, yang lelaki melayari web lucah seawal tadika. Ibu bapa tak pernah ajar agama.
Anak-anak membesar menjadi penderhaka. Memaksa ibubapa derhaka tadi menitiskan air mata.

Semuanya dah terlambat.

Sejak awal lagi kau salah kira.

Sejak awal lagi kau terlibat riba.

Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia.

Sejak awal lagi kau makan semua benda.

Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba.

Kepada yang masih ada ibu dan bapa. Khidmatlah kepada mereka sekarang, selagi mereka masih hidup. Bawalah mereka ke mana mereka mahu pergi. Korban kan dunia mu.. sudah-sudah lah kejar dunia yang tak berkesudahan…. Tak kan kau nak biar mak bapak kau mati membawa hati yang kecewa…
Sekurang-kurangnya balas lah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum, belanja lah mereka makan, bawak mereka berjalan, khidmat mereka walau terpaksa ambil cuti, mintak doa mereka pada setiap perkara, hubungi mereka walaupun tak ada benda nak kata, cukup mereka dengar suara kita dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan syurga itu.
Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Waktu khidmat, niatlah untuk sukakan Allah. Saya berani gerenti dengan nama Allah , Allah akan mudahkan semua urusan dunia akhirat kita. Allah akan murahkan rezeki kita. Saya dah alaminya.

Ramai orang kedekut dengan ibubapa sendiri. Tak pernah bawa ibubapa ke restoran mahal walau sekali. Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet kaya, tapi ia akan buat ibubapa sangat gembira kerana dihargai sangat-sangat. Bawak awek luar nikah ke restoran mahal dia tak rasa apa. Bawak ibubapa, dia kata bazir.
Pengalaman saya sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan belanja mak ayah saya makan tempat mahal, atau saya keluarkan sejumlah wang besar dan terus hadiahkan pada ibu ayah. Kalau ikut logik, harta akan semakin berkurang, dah la tengah gawat.
Tapi tak… Orang munafik yang tak ada iman je akan fikir macam tu. Orang beriman pulak diajar oleh Rasulullah, lagi banyak harta kita keluar untuk Allah, apatah lagi untuk gembirakan ibu bapa, harta kita akan melimpah-limpah digandakan.
Jadi korang rasa, korang sempit kewangan sebab apa?

Sebab korang kedekut. Wallahi korang kedekut. Akui ia. Dan bertaubat kepada Allah. Walaupun korang memang ada keluar sedekah. Tapi akuilah korang memang kedekut. Keluar sedekah sikit pun berkira-kira. Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak korang bagi seluruh gaji korang pada mak bapak korang untuk satu bulan? Ekstrim kan?
Mestilah tak pernah! Gila! Nanti nak makan apa!
Ok, kita turun sikit….
Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid?
Not biru memang selalu…. Tapi bukan RM50…
RM1 je….
Tengok tu… Kedekut kan?
Lepas tu mengadu kat Allah, kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup . Ni semua mesti salah Najib!
Orang yang berkira-kira dengan Allah , Allah pun akan berkira-kira dengan dia. Ingat ni sampai bila-bila. Kalau nak hidup sempit, berkira-kira lah dengan ibubapa kita . Try it, experience it. Hidup kau konfem akan sempit walaupun laki bini kerja hebat, gaji puluh ribu sebulan tak termasuk OT.
Gembirakanlah ibu bapa mu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan segalanya dalam hidupmu. Jangan perhambakan ibubapa mu, diorang dah jaga kau dari kecik, kau jagalah anak kau sendiri. Sampai bila nak hidup menyusahkan mak bapak. Patutnya mudahkan mereka, layan mereka macam raja, permaisuri. Bukan jadikan mereka sebagai bibik.
Yang wanita, jadilah surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua srikandi Islam. Tokoh-tokoh agung dunia dalam sejarah Islam semuanya lahir daripada madrasah rumah yang diketuai oleh IBU mereka.

Sekarang rumah hanya jadi panggung wayang, untuk tengok cerita Korea dan raja lawak. Hanya jadi restoran, beli meja mahal dan makan sedap-sedap. Jadi pusat karaoke hari-hari layan lagu dari program realiti.
Maka yang terhasil dari rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah masyarakat. Pastu bajet Soleh, bajet solehah, tak boleh ditegur, melenting bagai nak rak.
Di luar sana, memang ramai orang “kaya”. Tapi majoritinya kaya palsu.
Rumah besar, kereta mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak tu. Harta mereka hanya kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset.
Dan kehidupan itulah yang kau kejar. Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba.
Aku sikit pun tak heran pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers, fakers, palsu, cetak rompak.
Kehidupan itu yang kau carik?

Hingga tanggungjawab kau abai?

Mak bapak kau hambakan?

Anak-anak tidak diberi agama?

Allahu…

“Jangan kau terjun ke dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka.”

Nota: Tulisan ini adalah kata hatiku untuk diriku sendiri. Aku mencela diriku siang dan malam agar aku tidak leka dengan angan-angan dunia yang penuh tipu daya dan menjaga ibubapak ku dengan baik. Merekalah syurgaku. Dan aku rasakan ia mungkin bermanfaat bagi sesetengah orang yang berakal, jadi aku decide untuk share disini. Moga ada manfaatnya.