Jangan Ingat Hari-hari Kau Solat ,Kau Berwirid , Kau Baca Quran , Benda ni tak Mengganggu, Kadang Kadang dia dok Senyap Je. Amal Ayat ini Kalau Nak Betul-betul Bebas !!!

Jangan Ingat Hari-hari Kau Solat ,Kau Berwirid , Kau Baca Quran , Benda ni tak Mengganggu, Kadang Kadang dia dok Senyap Je. Amal Ayat ini Kalau Nak Betul-betul Bebas !!!

JIN & SYAITAN DALAM BADAN KITA TANPA SEDAR

Assalamualaikum.. sebagai seorang hamba ALLAH yang diuji dgn ujian gangguan jin aku rasa bertanggungjawab nak cerita benda ni. Biar kantoi muslihat-muslihat jin, syaiton & iblis laknatullah ni. Masa aku tengah menaip ni pun aku yakin dorg tengah tengok dan terus nak menggagalkan usaha aku utk mengkantoikan dorang, tapi kali ni aku nekad.

Ya aku salah seorang mangsa mereka. Sekarang pun aku sedang menderita sakit. Dah hampir setahun. Bangsa2x jin dan syaitan ni memang takkan puas hati selagi anak cucu adam tidak mensyirikkan ALLAH. (62) Dia (iblis) berkata: ” Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil. (Al-Israk:62).

Ramai orang yang tak percaya benda2x macam ni katanya tahyul & karut, orang melayu je bagi nama macam2x kat dorg ni hantu raya, langsuir la, toyol la, bunian la yang jelas cuma ada syaitan ,iblis & jin. Jangan kita tak percaya sebab orang Islam memang perlu beriman dengan perkara ghaib.
“Orang-orang yang bertakwa; yg beriman kepada perkara ghaib” (Al-Baqaroh:2).

INI PENTING YE:
JANGAN INGAT HARI-HARI KAU SOLAT, KAU BERWIRID, KAU BERZIKIR, KAU BACA AL-QURAN BENDA NI TAK MENGGANGGU. KADANG-KADANG DIA DOK SENYAP JE DALAM BADAN KAU. TAHU-TAHU MASA TUE SAKIT DAH TERUK. LAGI BANYAK KAU BERAMAL LAGI KUAT USAHA DIA NAK MENGACO. LAGI SATU YANG PERNAH TERKENA HISTERIA MEMANG PATUT CUBA, WALAUPUN LEPAS HISTERIA TUE DAH OK.

Okay kembali pada tajuk Ruqyah atau kalau dalam english nye exorcism, ramai orang ingat cuma perlu baca pada orang yg kene kacau hantu je. Sebenarnya orang yang sakit fizikal pun perlu. Alquran bila dibacakan dpt hidupkan saraf2x yang mati, memperbaiki bahagian2x tubuh yg rosak & akan melancarkan peredaran darah. Ruqyah ni terapi DENGAR ayat Al-Quran. Al-quran ni walau sesakit mana pun orang PASTI sembuh, cuma bila tue kita serah pada ALLAH. Kalau kita cuba pun tak berdosa, no harm trying tak pakai duit pun. Ramai juga yang ingat gangguan jin ni cuma bila kena histeria sahaja.

Tapi yang ustaz yang merawat aku pesan orang yg ada penyakit kulit & batuk yang berpanjangan antara berpotensi gangguan. Antara bentuk gangguan yang lain adalah malas solat, was-was ketika solat, pemarah, sakit-sakit sendi, badan rasa berat/sakit (esp dekat tulang belikat,bahu) mengandung selalu gugur, period berpanjangan, stroke & kanser. Syaitan ni dia hidup dalam salur darah kita ye. Sakit yang tak dapat disembuhkan oleh medical team dekat hospital.

Panjang kalau nak cerita, tapi kat sini aku cuma nak ajarkan satu ilmu untuk kita detect ada tak benda ni bersarang dalam badan kita. Yang lagi baik tentulah yang diruqyah oleh ustaz/perawat Islam yang diijazahkan. Cuma ni aku nak tolong bagi yang ada kekangan nak jumpa ustaz, mungkin rasa segan atau belum ada masa atau ada sesetengah tue ahli keluarga, suami/isteri yang tak percaya benda2x ni. Boleh cuba sendiri ya. InshaAllah, ALLAH akan beri petunjuk.

PERINGATAN: JANGAN CUBA RUQYAH SEMASA MEMANDU YA

1) Tanamkan rasa yakin dengan ALLAH, jangan ada rasa syirik dengan ALLAH
Wa izza maridtu fahuwa yasfin
“Dan bila aku sakit, maka Dia (Allah) yg akan menyembuhkan penyakitku” (As-Shu’ara:80)

2) Download app MP3 Ruqyah Syariah/ di youtube yg dalam 20 minit.

3) Waktu bila-bila pun boleh. Tapi sebaiknya waktu lepas asar ke atas.

4) Pejamkan mata, Dengar dengan fokus, niat supaya Allah tunjukkan sesuatu. Paling penting dimulut dan di hati jangan ikut bacaan.
“Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kalian mendapat rahmat” (Al-A’araf:204)

5) Rasakan tindak balas pada diri. Anda akan rasa sendiri kesan dia ye. Kalau ada kesan macam aku senaraikan dekat bawah ni aku nasihatkan jangan tangguh-tangguh cuba lah untuk pergi rawat diri.
a) Rasa ada benda bergerak-gerak dalam badan
b) Loya/muntah/batuk/sendawa
c) Rasa nak marah/sedih
d) pening kepala
e) Jantung berdegup laju
f) berpeluh

** Kalau tak rasa apa-apa boleh cuba 3 kali shari selama seminggu, cuba buat pada waktu-waktu yang berlainan.

** Point yang penting, jangan ikut dekat hati dan mulut tue penting sebab selama ni memang aku dengar ruqyah tue tapi mungkin sebab tak fokus & ikut bacaan tue jadi tak berkesan. Kesannya memang makin lewat la aku dapt detect kehadiran makhluk ni.

Yang terbaca post ni, ALLAH dah gerakkan hati kau.. Cubalah dan amalkan. Tak kiralah masa ni kau tengah sakit atau tak. Sekurang-kurangnya dapat pahala dengar ALQURAN. Wallua’lam-ALLAH JUA LAH YANG LEBIH MENGETAHUI.

kredit. fiksyen shasha .. hampa memang blog plg seram dlm msia !!
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *