Kelebihan Doa Iftitah yang Membuka Pintu- Pintu Langit . Sebarkan Pada Semua

Kelebihan Doa Iftitah yang Membuka Pintu- Pintu Langit . Sebarkan Pada Semua

Diriwayatkan daripada Sayyidina Ibnu `Umar radhiyAllahu `an huma: Ketika kami sedang mengerjakan solat bersama dengan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam, maka seseorang daripada jemaah mengucapkan “Allahu akbaru kabira, wal-hamdulillahi katsiira, wa subhanAllahi bukrataw wa asiila”. Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda (selepas solat): “Siapakah yang berkata dengan kalimah sedemikian?”

 Maka seorang lelaki menjawab: “Saya, wahai Rasulullah.” Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda lagi: ” Aku takjub dengannya (yakni dengan kalimah yang diucapkan tersebut) kerana telah dibukakan baginya pintu – pintu langit.” Sayyidina `Ibnu `Umar radhiyaAllahu `anhuma berkata: “Maka aku tidak meninggalkan bacaan tersebut semenjak aku mendengar Rasullullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda sedemikian.” (HR. Imam Muslim dalam “al-Jaami`ush Shahih”, jilid 2 halaman 99)

Rugi kalau tak baca ..

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *