8 TIPS BERJIMAT DI BAZAAR RAMADAN

8 TIPS BERJIMAT DI BAZAAR RAMADAN

Bila ke pasar Ramadan, pasti duit mengalir macam air. Bawa pula anak-anak yang minta itu ini. Mana ibu bapa tak pening untuk buat perbelanjaan bajet.

Surat khabar pula melaporkan yang rakyat Malaysia telah membazir sehingga 1 tan makan setiap hari. 1 tan kalau didermakan pada rakyat Palestina atau Syria mesti sudah boleh membantu mereka berbuka puasa dengan makanan yang cukup. Terasa diri ini insaf memikirkan keadaan saudara kita di sana.

Di sini kami kongsikan tip mengelakkan pembaziran makanan ketika bulan puasa.

1. Rancang 

Sebelum ke pasar Ramadan, rancang terlebih dahulu apa makanan yang diinginkan untuk berbuka. Biasanya jika ibu sudah memasak, mereka akan pergi ke bazar hanya untuk cuci mata atau beli satu dua jenis kuih sahaja.

2. Kira bajet 

Bawalah duit mengikut bajet anda. Contohnya seorang anak RM6. RM6 x 4 = RM 24. Tip ini boleh membantu mengawal perbelanjaan supaya tidak main beli sahaja di bazar nanti.

3. Ingatkan anak 

Beri bajet tadi kepada anak anda dan ingatkan mereka sepanjang perjalanan bahawa tiada tambahan duit. Mereka boleh memilih hanya 1 atau 2 jenis makanan yang betul-betul mereka minat. Jangan lupa juga untuk beritahu mereka supaya berjimat dan menabung jika ada duit lebih.

4. Kuih campur 

Beli kuih campur-campur. Barulah tekak dapat merasa semua jenis kuih. Dan tentunya jimat!

5. Air 

Belanja air yang tiada ais. Biasanya yang tiada ais ini, rasanya lebih manis. Anda boleh tambahkan ais atau sedikit air di rumah. Kalau boleh, beli air yang susah hendak dibuat seperti laici kang, soya dan teh bunga.

6. Lauk 

Lebih baik jika anda pilih lauk yang jenis bakar atau kawah kerana lauk seperti ini dimasak di bazar dan tidak akan basi cepat. Jika beli lauk yang tertutup, pastikan ada pemanas di bawah bekas untuk memastikan lauk yang kita beli terjamin kebersihannya dan tidak mudah basi. Jangan simpan lauk yang dibeli semasa berbuka untuk sahur.

7. Moreh 

Bawa anak dan isteri anda untuk solat terawih ke masjid disamping mengeratkan silaturrahin dan menikmati moreh yang disediakan. Jika ingin menikmati moreh di masjid, tak perlu lah ke pasar Ramadan hari tersebut.

8. Pergi lewat ke pasar Ramadan 

Cuba pergi ke bazar Ramadhan apabila sudah lewat petang atau waktu hampir berbuka puasa. Bila pergi ke bazar Ramadhan lewat pastinya akan beli dengan cepat sebab mahu cepat balik ke rumah untuk berbuka.

Salah satu sebabnya lagi adalah pilihan makanan tidak banyak dan kita tidak akan menjadi rambang mata untuk memilih makanan. Malah, jika hari itu rezeki anda, mungkin peniaga akan memberi diskaun atau lebih kerana ingin cepat habiskan jualan.

 

Sumber: borneodihati.com & Google (gambar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *